NASI LEMAK MANA DAN

 

NAMA         : SAMSUL ANUAR BIN SEPIE

UMUR         : 38 TAHUN

KEAHLIAN : 2016

 

Latar belakang

Encik Samsul Anuar adalah seorang pekerja bebas yang menjalankan perniagaan jualan makanan dan juga memberi perkhidmatan kepada komuniti yang memerlukan juru acara majlis dalam apa-apa sahaja majlis atau program yang akan dijalankan. Namun demikan beliau lebih focus kepada jualan nasi lemak. Beliau menerima tempahan setiap hari untuk keramaian seperti majlis bacaan yassin, tahlil, dan sebagainya. Beliau juga turut menerima tempahan setiap hari untuk dibekalkan kepada Restoran KY yang terletak di Slim River, Perak. Beliau telah dikenali sebagai Nasi Lemak Mana Dan di kawasan sekitar Trolak, Sungkai dan Slim River. Bermula secara kecil-kecilan kini beliau telah menjana pendapatan sampingan keluarga dengan menjual nasi lemak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum menggunakan ICT, Encik Samsul Anuar hanya mempromosikan produknya secara mulut ke mulut sahaja. Teknik promosi yang terhad ini menyebabkan produk nasi lemaknya tidak dapat dijual dengan lebih meluas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Penjualan produk makanan berasakan nasi lemak ini telah meluas sekitar kawasan Felda Trolak, Sungkai dan juga Slim River. Beliau menggunakan facebook sebagai cara untuk memperkenalkan produk tersebut. Beliau juga memasarkan produknya di Myshop Dashboard Komuniti, mycomm dan WhatApps