D'TROLAK BAKERY


 NAMA         : ROSNI BINTI SAAD

 UMUR         : 40 TAHUN

 KEAHLIAN : 2012


 

Latar belakang

Puan Rosni adalah seorang surirumah yang menjalankan perniagaan jahitan dan masakan. Namun demikan beliau lebih focus kepada jualan kek. Beliau menerima tempahan pelbagai jenis kek untuk keramaian seperti majlis perkahwinan, pertunangan, sambutan hari lahir dan sebagainya. Beliau telah dikenali sebagai D’Trolak Bakerydi kawasan Trolak dan Sungkai. Bermula secara kecil-kecilan kini beliau telah menjana pendapatan keluarga degan mejual kek. Beliau juga membuka kelas membuat kek kepada belia Felda Trolak Selatan dan sekitarnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum menggunakan ICT, Puan Rosni mempromosikan produknya secara mulut ke mulut. Teknik promosi yang terhad ini menyebabkan produk kek tidak dapat dijual dengan meluas.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Penjualan produk makanan berasakan kek ini telah meluas sekitar daerah Batang Padang. Beliau menggunakan facebook sebagai cara untuk memperkenalkan produk tersebut. Beliau juga memasarkan produknya di Myshop Dashboard Komuniti, mycomm dan WhatApps