DIGITAL LITERACY

NAMA         : HAZILAH BINTI HUSAIMI

UMUR         : 22 TAHUN

KEAHLIAN : FEBRUARI 2018

 

Latar belakang

Hazilah merupakan anak sulung pasangan Narmizan Rasid dan Husaimi Husin. Lepasan STPM beliau berhijrah ke Johor Baharu untuk mencari pekerjaan dan tinggal di sana sekitar setahun. Namun akibat kos sara hidup yang tinggi dan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan beliau pindah semula ke Felda Trolak Selatan membantu ibubapanya berniaga kedai makan. Bagi menambah pendapatan beliau, menghasilkan resume kepada belia dan lepasan SPM/STPM yang ingin mencari pekerjaan. Setiap resume dikenakan RM15 hingga RM20 mengikut reka bentuk dan jumlah maklumat yang dimasukkan. Beliau menggunaka aplikasi www.canva.com untuk menghasilkan resume tersebut. Aktiviti menaip resume yang ditempah dijalankan di Pusat Internet Felda Trolak Selatan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum membuat dan menjual resume, beliau hanya bergantung kepada pendapatan bekerja di Kedai Makan milik ibu bapanya

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau boleh menambah pendapatan sehingga ke RM200 sebulan