KEUSAHAWANAN

NAMA         : LIZAWATI BINTI ISMAIL@ISAMAIL

UMUR         : 36 TAHUN

KEAHLIAN : OGOS 2018

 

 

Latar belakang

Puan Lizawati adalah seorang surirumah yang membantu suami menjalankan perniagaan jualan makanan iaitu roti canai di kedai makan mereka di Felda Trolak Selatan. Beliau juga menerima tempahan nasi kerabu dan laksam yang dipromosikan menggunakan Aplikasi Whatapps. Beliau menerima tempahan setiap hari untuk keramaian seperti majlis bacaan yassin, tahlil, dan sebagainya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum menggunakan ICT, Puan Lizawati hanya mempromosikan produknya secara mulut ke mulut sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Penjualan produk makanan ini telah meluas sekitar kawasan Felda Trolak, Sungkai dan juga Slim River. Beliau menggunakan facebook sebagai cara untuk memperkenalkan produk tersebut. Beliau juga memasarkan produknya di Myshop Dashboard Komuniti, mycomm dan WhatApps

 

KEUSAHAWANAN

NAMA         : ANIDA BINTI OSMAN

UMUR         : 41 TAHUN

KEAHLIAN : 21 MAC 2011

 

Latar belakang

Puan Anida merupakan surirumah sepenuh masa dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Bagi mengisi masa beliau berniaga secara kecil-kecilan dengan menjual nasi kerabu dan laksam untuk menerima tempahan kawan-kawan dan jiran. Selain nasi kerabu, Puan Anida juga menyusahakan kerepek gunting yang diletakkan di kedai-kedai dan Pusat Internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau tiada pendapatan sampingan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Perniagaan lebih berkembang maju dengan penyebaran maklumat pertandingan melalui Aplikasi WhatApps dan Facebook. Selain itu beliau juga menggunakan perkhidmatan bank atas talian untuk mendapatkan bayaran yuran penyertaan dari peserta.

 

KEUSAHAWANAN

NAMA         : RAJMAH BINTI WAHAB

UMUR         : 49 TAHUN

KEAHLIAN : 6 MEI 2016

 

Latar belakang

Lebih dikenali sabagai Kak Mie, beliau merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) namun gigih menjalani kehidupan normal. Beliau mempunyai seorang anak hasil perkahwinan kedua. Beliau tinggal bersama ibunya yang telah uzur. Kak Mie menerima tempahan Kuih Loyang pada setiap masa. Namun tempahan meningkat apabila menjelang hari raya dan musim kenduri.Selain kuih loyan yang berbagai perisa, kak Mie juga menerima tempahan membuat kuih siput dan kerepek pisang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau menjual produk secara offline

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau telah menjual secara online secara lebih konsisten

 

 

DIGITAL LITERACY

NAMA         : ZAINAB BINTI SIDI

UMUR         : 39 TAHUN

KEAHLIAN : 10 FEBRUARI 2019

 

Latar belakang

Cik Zainab adalah anak peneroka Felda Trolak Selatan dan masih bujang. Beliau adalah seorang guru matematik di salah sebuah sekolah di Daerah Batang Padang. Kerjaya beliau sebagai guru menuntut beliau mempelajari ICT untuk menjadi lebih selari dengan kehidupan zaman kini. Beliau telah menyertai kelas computer yang dianjurkan oleh Pusat Internet Felda Trolak Selatan untuk menguasai sepenuhnya kemahiran berkomputer. Menurut Cik Zainab beliau belum telah lama tidak menggunakan Microsoft Office Publisher. Oleh itu beliau tetap menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet untuk mendalami ilmu ICT terutamanya MS Publisher kerana beliau sering menggunakannya untuk urusan rasmi sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Cik Zainah tidak mahir menggunakan Microsoft Office dan sering menggunakan MS Office word dan Power point sahaja untuk membuat kad jemputan, buku aturcara majlis.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kini beliau lebih mahir menggunakan MS Office Publisher seperti menggunaka layout, memasukkan gambar dan icon

 

KEUSAHAWANAN

NAMA         : SALBIAH BINTI JAMALUDDIN

UMUR         : 37 TAHUN

KEAHLIAN : 27 FEBRUARI 2010

 

Latar belakang

Beliau adalah seorang surirumah dan anak peneroka Felda Trolak Selatan. Bermula dengan mempromosi produk orang lain kini di facebook kini beliau mempunyai akaun Shoope untuk menjual produk. Walaupun beliau adalah agen pemasaran produk tersebut namun beliau berusaha untuk membantu suami meningkatkan ekomoni keluarga.Beliau turut mempromosi produk dalam whatsapp. Antara produk yang dijual adalah Stokin, handsock, tudung shawl, 2 jnis, bawal, scaf dan beberapa lagi produk lain

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum mengikuti kelas di PI beliau sekadar menjadi pemerhati dan tidak berani menonjolkan diri.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kini beliau dapat meningkatkan pendapatan sehingga RM1000 sebulan