KEUSAHAWANAN

NAMA         : ROSLMAWATI BINTI ABDUL HAMID

UMUR         : 49 TAHUN

KEAHLIAN  : 3 DISEMBER 2010

 

Latar belakang

Rosmawati Abdul Hamid adalah pengusaha Makanan Frozen Kuih Belimbing. Ibu kepada 3 orang anak ini adalah anak jati Felda Trolak Selatan. Beliau menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan namun kuih Belimbing Frozen mendapat sambutan di kawasan Felda Trolak Selatan. Selain jualan langsung dari rumah, beliau turut memasarkan produk beliau di kedai-kedai dan yang terbaru di laman social.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 500-600 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Trolak Selatan beliau kini telah memasarkan dalam dashboard My Shop yang dapat mempromosikan produk beliau. Beliau juga mempromosi produk beliau di Facebook ArgoBazar.. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 800- RM1000