KEUSAHAWANAN

NAMA         : YUSNIZA BINTI MOHD YUSOF

UMUR         : 47 TAHUN

KEAHLIAN  : 2014

 

Latar belakang

Perniagaan Ayam Pasu mula bertapak di Felda Trolak Selatan sejak 2008. Bermula dengan 1 kedai makan, kini Ayam Pasu sudah mempunyai cawangan di Kuala Kangsar dan akan di buka di Kuala Lumpur. Perniagaan Ayam dimiliki oleh pasangan suami isteri iaitu Pn Yusniza 42 tahun dan En Hasan.

Menurut Pn Yusniza, idea ayam pasu ini bermula apabila beliau sekeluarga sering pergi berkelah dan membawa juadah ayam yang diperap dengan madu, serai, lengkuas dan beberapa herba lain serta dibakar di tapak perkelahan. Resepi ini kemudiannya di jual di gerai makan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Permintaan yang tinggi membuatkan beliau membuka perniagaan di bazar ramadhan dan cawangan di Kuala Kangsar.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 3000-RM3500 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Trolak Selatan beliau kini telah memiliki page sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. RM 9000 – RM 10000