Tarikh    : 31 Julai 2018

Masa      : 9.00 pagi – 11.00 tengahari

Peserta  : 10 Orang

Tempat  : Pusat Internet  Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :
Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa Pusat Internet bertujuan membentangkan pretasi sepanjang tahun 2018 dan membincangkan aktiviti yang akan datang
Perbincangan aktiviti Program Hari Terbuka 2018 iaitu pada 18 Ogos 2018
Mesyuarat AJK dapat memberi peluang kepada AJK untuk menyuarakan pendapat dan berbincang perancangan akan datang serta isu-isu berbangkit untuk menjadikan Pusat Internet menjadi lebih baik.

Aktiviti :
1. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
2. En Shaari bin Abdul Rahman Pengerusi Ahli Jawatan Kuasa Pusat Internet memberikan ucapan. Beliau menyambut baik segala aktiviti yang memberi manfaat kepada komuniti.
3. Pengesahan minit mesyuarat lalu. Encik Abdul Razak ( Naib Pengerusi AJK PI) bertanyakan tentang kontrak bangunan dan mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan PI yang membayar sewaan bangunan dengan baik dan lancar.
4. Pengurus Pengurus Pi1M Puan Nor Salmah membuat pembentangan Prestasi Pusat Internet sepanjang 2018. Antara yang dibentangkan adalah :
- Penjenamaan semula Pusat Internet
- Kelas/Bengkel/Aktiviti
- Keahlian Pusat Internet (2010-2018)
- Perancangan akan datang
5. Mesyaurat juga membincangkan tentang tujuan dan aktiviti Hari Terbuka Pusat Internet pada 18 Ogos 2018
6. Mesyuraat turut menbincangkan tentang perkara lain dan cadangan dari AJK
7. Ucapan penutup diberikan oleh Encik Abdul Razak. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pengurusan PI dan sentiasa menyokong aktiviti dari PI.
8. Mesyuarat berakhir pada jam 11.00 pagi.

Gambar di sini

_______________________________________________________________________________________