Tarikh : 5 Oktober 2019 Masa : 7.30 pagi - 1.30 tengahari Peserta : 114 orang Tempat : Dewan Orang Ramai (Dewan Semai Bakti Felda Trolak Selatan) |
Tujuan :
- Melestarikan PI sebagai pusat ICT dan kesihatan
- Eratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, Mpkkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat
- Mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
Aktiviti :
1. Program bermula dengan pendaftran peserta aktiviti dan pengunjung. Aktiviti pertama yang dijalankan adalah Jalan 1000 Langkah bermula dari Dewan Semai Bakti, kawasan kedai, padang awam dan berakhir di dewan semula. Kemudian pengunjung berkumpul dalam dewan untuk mendengar Taklimat dari petugas Pusat Internet berkenaan Klik Dengan Bijak, Mobile e-Waste. Dalam taklimat ini, pengunjung didedahkan dengan lambakan e-sisa dan cara melupuskannya. Kemudian pengunjung disajikan dengan taklimat kesihatan dari Pegawai Kesihatan, Klinik Kesihatan Trolak Selatan. Doktor memberi penerangan tentang Penjagaan kesihatan dan Kebersihan diri dan Alam Sekitar. Setelah selesai kedua-dua penerangan, aktiviti Kuiz ICT menggunakan aplikasi Kahoot.it dijalankan. Soalan kuiz tersebut berkisarkan kempen Mobile e-Waste.
2. Seterusnya, 25 orang kanak-kanak yang berdaftar untuk aktiviti Berus Gigi Beramai-ramai memberus gigi dengan dibantu pegawai Pergigian dari Klinik Pergigian Sungkai. Pegawai tersebut menerangkan tentang kepentingan menjaga gigi dan memberus gigi menggunakan cara yang betul. Pertandingan Gubahan Ulam-ulaman bertemakan ulaman kampung dan Dekorasi Sandwish. Pertandingan mewarna kanak-kanak dan dewasa, pertandingan kolaj dan beyblade juga turut dijalankan.
3. Sepanjang program berlangsung, pengunjung boleh mendapatkan perkhidmatan Pemeriksaan gigi, derma darah, pemeriksaan kesihatan, rawatan urutan refleksologi, semakan dari KWSP dan pameran ubatan dari Farmasi Utama. Terdapat juga gerai jualan dari usahawan dan peniga Trolak Selatan. Antaranya jualan kek dari D’Trolak Bakeri, pakaian dari Yna Events dan Advertising, produk kecantikan Mary Kay, Tupperware Brand dan lain-lain.
4. Majlis diserikan dengan persembahan artis yang dijemput khas. Majlis penutup dimulakan dengan bacaan doa dari imam surau Ar-Rahmainah Trolak, Ucapan dari wakil JKKR Trolak Selatan serta penyampaian hadiah.
5. Program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan Bersama Pusat Internet berlangsung mengikut perancangan dan berjalan dengan lancar. Pusat Internet Trolak Selatan mengharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada kominti.
________________________________________________________________________________________________________________