Tarikh : 5 & 7 Februari 2020 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Peserta : 2 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
• Membantu meningkatkan penguasaan penggunaan MS Office Excel
• Mempersiapkan diri menghadapi proses pembelajran di IPT
Aktiviti :
1. Untuk sesi 1, petugas memberi penerangan tentang fungsi termasuk tools dan kegunaan MS Office Excel.
2. Peserta diperkenalkan dengan cell, function box, name cell dan lain-lain. Kemudian mereka diajar menggunakan merge and center dan susunan perkataan. Peserta diberi peluang mencuba beberapa latihan melibatkan operasi tambah, tolak dan darab.
3. Peserta diberi latihan membuat jadual, memasukkan border dan data dalam jadual. Dari data tersebut, peserta akan mencari jumlah (sum), median, min dan max menggunakan fungsi operasi MS office Excel. Peserta juga menggunakan sort nilai untuk menyusun data tersebut.
4. Pada sesi 2, peserta diberi latihan yang melibatkan function lookup dan if. Mereka diberi jadual markah sebuah universiti dan perlu mencari jawapan menggunakan “if”
5. Peserta juga membuat carta iaitu carta pi, bar dan garis menggunakan data yang diberikan.
________________________________________________________________________________________________________________