Tarikh : 8 Mac 2020 Masa : 9.30 pai - 11.30 pagi Peserta : 10 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Kelas bertujuan menambah penguasaan peserta dalam mata pelajaran yang dipilih iaitu matematik dan bahasa inggeris.Meningkatkan kemahiran perbendaharaan kata antara bahasa inggeris dan bahasa melayu.
Aktiviti :
1. Peserta mengakses portal Quizizz.com kemudian memasukkan no pin yang tersedia di smart tv yang mana tajuk topic telah dipilih oleh petugas. Peserta menjawab soalan matematik dari topic nombor. Peserta perlu menjawab 25 soalan.
2. Setelah selesai menjawab soalan, ulangkaji dijalankan dengan menjawab semula soalan. Petugas membantu peserta menjawab soalan yang salah menggunakan formula matematik. Peserta juga diminta menyelesaikan soalan matematik di papan tulis.
3. Kemudian petugas memberi no pin untuk topic animal bagi sesi bahasa inggeris.
4. Peserta perlu menjawab 15 soalan berkaitan dengan haiwan. Setelah selesai menjawab, peserta dan petugas membuat ulangkaji soalan tersebut. Peserta diminta menggunakan google.translate untuk mencari maksud perkataan dan mendengar sebutan yang betul. Mereka juga diminta menghafal ejaan perkataan tersebut untuk kegunaan masa akan datang.
Aktivti Sokongan :
Peserta menggunakan google translate untuk mendapatkan maksud, sebutan dan cara menggunakannya dalam ayat.
______________________________________________________________________________________________________________