Tarikh : 23 September 2017
Masa : 8.00 pagi - 1.00 ptg
Peserta : 96 Orang
Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Felda Trolak Selatan
Tujuan:
-
Mempromosi, memuat turun dan penerangan Dashboard Komuniti
-
-
Aktiviti :
Pendaftaran dan semakan tekanan darah bermula pada jam 8.30 pagi. Petugas telah mengakses dashboard admin http://admin.pi1m.my pada jam 8.00 pagi untuk mendaftar peserta yang terlibat. Walaubagaimanapun laman tersebut tidak boleh diakses kerana tab ihealth tiada sambungan internet (wifi –pi1m kena panahan petir)
Penerangan bermula pada jam 9.30 pagi. Petugas menunjukkan cara mendaftar masuk ke portal tersebut. Petugas juga menerangankan setiap satu modul yang terdapat dalam
Dashboard Komuniti. Di samping itu petugas turut mempromosikan pertandingan yang diadakan dalam Dashboard Komuniti seperti Durian runtuh dan kira belon
Setelah selesai memberi penerangan mengenai Dashboard Komuniti, pengunjung memuat turun aplikasi tersebut melalui telefon bimbit masing-masing. Pemuang memuat turun, daftar masuk dan menang wang tunai dilanjutkan sehingga jam 5 petang
Usahawan tempatan mengambil gambar menggunakan mini studio untuk mengambil gambar produk mereka dan memuat naik ke myshop.
Aktiviti Produk View bagi membolehkan pengunjung memahami bagaimana Myshop berfungsi.
PI1M juga mengadakan pertandingan kira jumlah belon yang terdapat dalam pertandingan online di Portal Dashboard Komuniti.
Pertandingan mewarna dibahagi kepada 2 katogeri iaitu tabika dan tahap 1. Kanak-kanak Tabika diberikan gambar Logo Dashboard manakala kanak-kanak tahap 1 diberikan gambar merdeka sempena sambutan hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 60.
___________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 10 September 2017
Masa : 2.30 ptg - 5.30 ptg
Peserta : 5 Orang
Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Felda Trolak Selatan
Tujuan:
-
Menayangkan video dari koleksi video dalam English Central dan pelajar di minta menyebut dan memahami pembelajaran yang diberikan. Latihan menyebut perkataan dan ayat-ayat yang ditayangkan
Aktiviti :
Menayangkan video dari koleksi video dalam English Central dan pelajar di minta menyebut dan memahami pembelajaran yang diberikan. Latihan menyebut perkataan dan ayat-ayat yang ditayangkan
___________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 6 September 2017
Masa : 9.43 pagi - 12.34 tgh
Peserta : Seorang
Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Felda Trolak Selatan
Tujuan:
Tujuan Kelas ini diadakan bagi membolehkan pelajar mempelajari cara menggunakan internet dengan berkesan bagi mencari maklumat dan berkomunikasi. Pelajar juga akan belajar cara mencipta akaun e-mel serta menghantar dan membalas emel
Aktiviti :
Aktiviti dimulakan dengan memberi penerangan mengenai internet dan kegunaannya serta perkara penting yang perlu ada untuk mengakses internet
Pelajar diminta mencari maklumat menggunakan “search Box” yang terdapat pada google.
Pelajar juga diajar cara menggunakan microphone yang ada pada google search
Pelajar diminta membina emel dengan mengisi borang pendaftaran emel secara online
Membalas emel dengan petugas, memuat turun gambar dari google image dan melayari google maps
_____________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 10 September 2017
Masa : 2.30 ptg - 5.30 ptg
Peserta : 5 Orang
Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Felda Trolak Selatan
Tujuan:
- 1) Memberi kesedaran tentang risiko perkongsian maklumat peribadi tanpa had di media social
- 2) Memberi penjelasan mengenai maklumat palsu dan tip menyebaran maklumat yang tidak berguna.
Aktiviti :
Pelajar diminta menjawab soalan spontan yang disediakan oleh petugas. Penerangan menggunkan slide Power Point yang disediakan oleh SKMM. Video berkaitan KDB dan Check Your Label turut ditayangkan bagi memberi input yang lebih jelas
____________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 28 Ogos 2017
Masa : 9.43 pagi - 12.34 tgh
Peserta : Seorang
Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Felda Trolak Selatan
Tujuan:
Objektif kelas ini adalah untuk membolehkan pelajar mempelajari bahagian asas computer dan system operasi
Aktiviti :
Menerangkan perkakasan computer, cara menggunakannya dan membuat aktiviti dan latihan berkaitan. Pelajar diminta menjawab soalan dari latihan yang diberikan
_____________________________________________________________________________________________________