Tarikh : 10 Januari 2024 Masa : 2.30 petang - 5.30 petang Peserta : 33 orang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Trolak Selatan |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan membuka kedai secara atas talian di Shopee bagi mengembangkan lagi pasaran produk
Aktiviti :
- Pendaftaran bermula pada pukul 3.00 petang. Kursus dimulakan dengan capan aluan dari PEDi dan pihak TM.
- TM memberi penerangan tentang pendigitalan perniagaan menggunakan produk dari TM Unifi. TM turut menerangkan kisah kejayaan dari peniaga yang menggunakan produk TM Unifi.
- Terdapat juga sesi soal jawab dan penyampaian hadiah
___________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 28 Disember 2023 Masa : 9.30 pagi - 11.30 tengahari Peserta : 5 orang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Trolak Selatan |
Tujuan:
Aktiviti dilaksanakan untuk mengisi masa lapang semena cuti sekolah.
Aktiviti :
Asas Microsoft Office Power Point
- Pelajar diajar membuat slide dan layout, memasukkan tulisan, menukar warna, saiz dan kedudukan font serta memasukkan animasi dan transisi.
_________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 22 Disember 2023 Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari Peserta : 7 orang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Trolak Selatan |
Tujuan:
1.Aktiviti ini dapat membantu pelajar meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sains. Mereka juga dapat bersaing dengan rakan secara sihat dan menyeronokkan.
2.Mempelajari dan menambah pengetahuan sains dengan aktivti interaktif.
Aktiviti :
- 1.Peserta diminta mengakses Kahoot.it dan memasukkan code yang disediakan.
- 2.Kemudian peserta menjawab soalan yang diberikan. Terdapat pelbagai set soalan merangkumi berbagai mata Pelajaran.
3.Pemenang diambil sekiranya berjaya menjawab soalan paling banyak
____________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 27 Disember 2023 Masa : 9.30 pagi - 11.30 tengahari Peserta : 5 orang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Trolak Selatan |
Tujuan:
Aktiviti dilaksanakan untuk mengisi masa lapang semena cuti sekolah.
Aktiviti :
Pengenalan kepada komputer
- 1.Pelajar diperkenalkan dengan perkakasan computer seperti tetikus, monitor dan papan kekunci
- 2.Pelajar diberi Latihan menggunakan tetikus melalui laman mouseprogram.com dan notepad untuk menaip.
Asas Microsoft Office Word
- Pelajar diajar menaip, mengubah dan mewarna font, memasukkan gambar dan border, dan mengubah kedudukan tulisan.
_________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 21 Disember 2023 Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari Peserta : 7 orang Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Trolak Selatan |
Tujuan:
Kelas bertujuan meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah serta daya tumpuan kepada sesuatu perkara.
Aktiviti :
- 1.Peserta diberi 1 set robotic yang mempunyai panduan pemasangan. Petugas memberi bimbingan kepada peserta untuk menyantum semua bahagian yang dipisahkan.
- 2.Peserta perlu mengikut turutan yang telah diberikan dalam panduan supaya hasil cantuman menjadi robot.
______________________________________________________________________________________________________