GURU KAFA INTELEK

 NAMA       : HASMIDAR BINTI ADAM

UMUR        : 45 TAHUN

KEAHLIAN : 2017

 

Latar belakang

Bekerja  sebagai guru di sekolah Agama Felda Trolak Selatan menuntut untuk mempelajari teknologi terkini seperti meghantar emel, memuat turun dan memuatnaik dokumen.  Kejayaan beliau diukur dengan kemahuan beliau untuk menyertai kelas Intel Easy Step dan berusaha menamatkan modul. Beliau sangat berminat dengan computer dan dapat melaksanakan tugas dan latihan yang diberikan dengan jayanya. Beliau merancang untuk menambah kemahiran untuk membolehkan beliau mencari pekerjaan yang lebih baik.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum menyertai kelas computer dan Intel Easy Step, beliau agak gementar untuk memegang peralatan computer. Kebanyakan perisian dan aplikasi juga adalah amat asing baginya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kini Puan Hasmidar lebih berani berhadapan dengan computer dan mengenali perkakasan computer. Beliau juga sudah mencapai tahap yang baik penggunaan perisian computer seperti Microsoft Office Word. Beliau juga telah mempunyai akaun emel dan memahami cara penggunaan emel.