NASI BAMBOO SUNGAI KLAH:MENCARI KELAINAN DALAM SELERA

Lokasi  :  Simpang Felda Sungai Klah, Sungkai, Perak. 
Coordinate : N3° 59.004 E101° 19.180

Felda Residence Hot Springs terletak ditepi jalan yang menuju ke Felda Residence Hot Springs. Untuk ke sana dari Lebuhraya PLUS, boleh diambil exit 128 Sungkai. Selepas tol terus perjalanan hingga berjumpa lampu isyarat simpang jalan utama Kuala Kangsar - Kuala Lumpur lalu belok ke kiri menuju Kuala Lumpur dan ±1 km akan jumpa papan tanda Felda Sungai Kelah dan belok ke kiri . Kedai ini berada ± 250 meter dari jalan utama.

Nasinya yang diisi didalam buluh beralas daun pisang akan dikukus semula yang akan menaik aroma dan rasa, menunya  digabungkan dengan ayam bakar biasa atau ayam kampung dan disertakan sedikit sayuran(kangkung, kobis dan timun), ikan masin, sambal dan kuah gulai pasti tidak mengecewakan anda. Ada juga pilihan nasi lemak yang dikukus sebegini. Kalau dahulu hanya menu ayam/ayam kampung sahaja dihidangkan. Kini lauknya ditambah dengan burung puyuh dan menu ikan(keli, talapia, dan haruan).

Ianya dimiliki oleh En. Mukhaizat B Ahmad dan diuruskan bersama dengan anaknya Atikah bt Mukhaizat. Sudah beroperasi sejak bulan Ogos 2012 lalu.  Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dan Selasa dari jam 12.30 tgh – 10.00 pm.

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi 017-516 7592

Nasi Bamboo

IMG_2730 

IMG_2732

Nasi akan dikukus didalam buluh-buluh yang tersedia dan dibalut dengan daun pisang

IMG_2738

IMG_2740

                   Set yang dihidangkan beserta dengan nasi bamboo

IMG_2741

                                        Antara harga menu

 

AYAM PASU FELDA TROLAK SELATAN