Tarikh : 10 Ogos 2018 Masa : 2.30 petang – 5.00 petang Peserta : 2 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Mempromosikan Dashboard komuniti dan mendedahkan cara penggunaan serta kepentingan DK kepada komuniti. Komuniti dapat menggunakan satu aplikasi yang mempunyai banyak fungsi seperti membuat pengumuman, menhantar aduan, menyimpan data kesihatan, mempromosikan produk dan memperkenalkan tempat yang menarik.
Aktiviti :
- 1. Peserta diberi penerangan tentang kepentinagn DK - Myhealth secara ringkas
- 2. Peserta menjawab soalan kuiz myhealth serta membuat pengumuman di mykomuniti.
- 1. Peserta diberi penerangan tentang kepentinagn DK - Myhealth secara ringkas
_______________________________________________________________________________________
Tarikh : 1 Ogos 2018 Masa : 11.00 pagi – 12.00 tengahari Peserta : 5 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Menyemak kandungan gula dalam darah sebagai pesediaan untuk ke klinik.
Aktiviti ini membantu pengunjung membuat persediaan sebelum ke klinik dengan menyemak kandungan darah dalam gula di Pusat Internet
Aktiviti :
1. Pengunjung diberi penerangan tentang bagaimana peralatan Myhealth berfungsi
2. Kemudian peserta juga diberi informasi tentang kandungan gula dalam darah iaitu kandungan yang normal, diabetis dan kurang gula.
3. Peringatan diberikan kepada pengunjung bahawa bacaaan yang baik diambil pada waktu pagi dan tidak makan beberapa jam sebelum bacaan diambil
4. Pengunjung ambik bacaan dengan menggunakan peralatan Myhealth dan bacaan dicatatkan untuk rujukan pengunjung.
________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 21 Julai 2018 Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari Peserta : 6 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Menguji minda peserta dengan soalan-soalan pendidikan matematik dan pengetahuan am. Aktiviti ini boleh meningkatkan pengetahuan am pelajar dan kemahiran dalam ICT. Kahoot.it adalah program yang membolehkan petugas Pi1M membina soalan mengikut kategori umur peserta. Selain meningkatkan penguasaan ICT, peserta juga boleh menambah pembendaharaan kata Bahasa Inggeris kerana mereka diberi soalan dalam Bahasa tersebut
Aktiviti :
- 1) Petugas perlu menyediakan soalan dalam admin Kahoot.it dan membuka laman permulaan permainan.
2) Peserta perlu mengakses kahoot.it dan memasukkan no Game Pin yang tertera di smartboard.
3) Peserta menjawab soalan yang diberikan menggunakan simbol-simbol yang terdapat pada pc masing-masing.
4) Setiap peserta akan diberi markah mengikut kepantasan dan jawapan yang betul.
- 1) Petugas perlu menyediakan soalan dalam admin Kahoot.it dan membuka laman permulaan permainan.
_______________________________________________________________________________________
Tarikh : 31 Julai 2018 Masa : 9.00 pagi – 11.00 tengahari Peserta : 10 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa Pusat Internet bertujuan membentangkan pretasi sepanjang tahun 2018 dan membincangkan aktiviti yang akan datang
Perbincangan aktiviti Program Hari Terbuka 2018 iaitu pada 18 Ogos 2018
Mesyuarat AJK dapat memberi peluang kepada AJK untuk menyuarakan pendapat dan berbincang perancangan akan datang serta isu-isu berbangkit untuk menjadikan Pusat Internet menjadi lebih baik.
Aktiviti :
1. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
2. En Shaari bin Abdul Rahman Pengerusi Ahli Jawatan Kuasa Pusat Internet memberikan ucapan. Beliau menyambut baik segala aktiviti yang memberi manfaat kepada komuniti.
3. Pengesahan minit mesyuarat lalu. Encik Abdul Razak ( Naib Pengerusi AJK PI) bertanyakan tentang kontrak bangunan dan mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan PI yang membayar sewaan bangunan dengan baik dan lancar.
4. Pengurus Pengurus Pi1M Puan Nor Salmah membuat pembentangan Prestasi Pusat Internet sepanjang 2018. Antara yang dibentangkan adalah :
- Penjenamaan semula Pusat Internet
- Kelas/Bengkel/Aktiviti
- Keahlian Pusat Internet (2010-2018)
- Perancangan akan datang
5. Mesyaurat juga membincangkan tentang tujuan dan aktiviti Hari Terbuka Pusat Internet pada 18 Ogos 2018
6. Mesyuraat turut menbincangkan tentang perkara lain dan cadangan dari AJK
7. Ucapan penutup diberikan oleh Encik Abdul Razak. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pengurusan PI dan sentiasa menyokong aktiviti dari PI.
8. Mesyuarat berakhir pada jam 11.00 pagi.
_______________________________________________________________________________________
Tarikh : 20 Julai 2018 Masa : 9.00 pagi – 9.30 pagi Peserta : 5 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Mempromosikan Dashboard komuniti dan mendedahkan cara penggunaan serta kepentingan DK kepada komuniti. Komuniti dapat menggunakan satu aplikasi yang mempunyai banyak fungsi seperti membuat pengumuman, menhantar aduan, menyimpan data kesihatan, mempromosikan produk dan memperkenalkan tempat yang menarik.
Aktiviti :
- 1. Peserta diberi penerangan tentang kepentinagn DK - Myhealth secara ringkas
- 2. Peserta menimbang berat masing-masing dan dipantau oleh petugas
- 1. Peserta diberi penerangan tentang kepentinagn DK - Myhealth secara ringkas
________________________________________________________________________________________