Tarikh : 21 Jun 2018 Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi Peserta : 2 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Mempromosikan Dashboard komuniti dan mendedahkan cara penggunaan serta kepentingan DK kepada komuniti. Komuniti dapat menggunakan satu aplikasi yang mempunyai banyak fungsi seperti membuat pengumuman, menhantar aduan, menyimpan data kesihatan, mempromosikan produk dan memperkenalkan tempat yang menarik.
Aktiviti :
- 1. Peserta diberi menerangan tentang kepentinagn DK
- 2. Peserta medaftar masuk menggunakan nombor kad pengenalan
- 3. Peserta membuat pengumuman kepada komuniti
- 1. Peserta diberi menerangan tentang kepentinagn DK
_______________________________________________________________________________________
Tarikh : 10 Jun 2018 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Peserta : 1 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
- Membantu pelajar mendapatkan maklumat dan terjemahan menggunakan google translate.
Aktiviti :
- 1.Peserta diberi latihan secara manual iaitu sebuah petikan panjang.
- 2.Peserta diberi penerangan tentang Noun dan jenis-jenisnya. kemudian peserta membezakan jenis nouns berdasarkan petikan yang diberikan.
- 3.Peserta diminta menterjemahkan perkataan yang sukar menggunakan google translate
________________________________________________________________________________________
Tarikh : 7 Jun 2018 Masa : 11.00 pagi – 12.30 tengahari Peserta : 20 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
WORLD #QuranHour boleh dilihat sebagai jenama terkenal yang berjaya mempromosikan budaya membaca al-Quran dalam umat Islam daripada pelbagai lapisan masyarakat, rentas budaya dan negara.
Kejayaan hebat program yang sudah memasuki tahun ketiga diadakan secara besar-besaran itu apabila mampu menarik masyarakat Islam di seluruh dunia untuk mengalunkan ayat suci al-Quran pada satu masa yang gemanya terasa di seluruh pelusuk bumi.
Dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) kali pertama pada 11 September 2016, World #QuranHour menghimpunkan kira-kira 4,000 peserta di lokasi utama Masjid Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.
Selain UIAM, program sama turut diadakan di 700 lokasi di Malaysia dan disertai umat Islam dari Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Albania, Australia, Bangladesh, Belgium, Bosnia-Herzegovina, Brunei Darussalam, Bulgaria, Russia, New Zealand, Mesir, Perancis, Indonesia dan Turki.
Telah dijalankan secara serentak pada ruang waktu yang berbeza, umat Islam di seluruh dunia meluangkan masa selama sejam membaca, memahami dan menghayati ayat suci al-Quran.
Pada penganjuran kali pertama itu, tarikhnya jatuh pada 9 Zulhijjah, sekali gus menjadikan World #QuranHour turut disertai jemaah dan petugas Tabung Haji (TH) Malaysia yang sedang melaksanakan ibadat wukuf bersama lebih 2 juta jemaah di Padang Arafah.
Al-Quran pelembut hati
Ternyata, program ini berjaya mengangkat budaya tadarus al-Quran dalam kalangan masyarakat di negara ini dan kesungguhan menjadikan ia acara tahunan menggambarkan semangat untuk bersama menyebarkan syiar Islam.
Walaupun hanya sejam yang diluangkan bagi menjayakan program berkenaan, ia tetap memberi makna kerana alunan ayat suci yang dibaca atau didengari memiliki kuasa untuk menundukkan hati yang keras.
Saidina Umar al-Khattab RA yang terkenal sebagai seorang yang tegas dan keras hati, akhirnya tunduk kepada al-Quran, hatinya menjadi lembut selepas mendengar surah Taha.
Begitulah al-Quran melembutkan hati mereka yang menyertai program World #QuranHour di seluruh dunia.
Bukan semua yang menyertai majlis pada hari dan waktu itu daripada kalangan yang istiqamah berinteraksi dengan al-Quran.
Namun, hati mereka tertarik untuk bersama keluarga, rakan, sahabat, jiran dan orang yang tidak dikenali menjayakannya.
Indahnya saat itu, kita dapat melihat kesungguhan anak kecil, kanak-kanak, remaja, dewasa, orang tua, golongan kurang upaya dan pemimpin negara termasuk kumpulan artis meluangkan masa menghadirkan diri.
Menaikkan imej Islam
Seakan dapat melihat not muzik bertebaran naik ke udara apabila alat muzik dimainkan, sudah tentu kita boleh membayangkan huruf dan ayat al-Quran berapungan di ruang angkasa ketika dibacakan wahyu Allah SWT yang disampaikan oleh Jibril kepada Nabi Muhammad SAW.
Gambaran itulah bakal terhasil pada esok tatkala umat Islam mula menyebut nama Allah SWT dan membacakan perintah, larangan dan pengajaran terkandung dalam ayat suci al-Quran, yang gemanya bakal menggetarkan bumi ini.
Secara tidak langsung, kempen mengajak berinteraksi dengan al-Quran melalui World #QuranHour mampu menaikkan imej Islam dan menyuntik semangat mendalami, menghayati serta ajaran terkandung di dalamnya.
__________________________________________________________________________________
Tarikh : 10 Jun 2018 Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi Peserta : 1 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
- 1.Mempelajari teknik membuat banner dan bunting menggunakan Adobe Photoshop. Kelas Adobe Photoshop mampu membantu peserta meningkatkan pengetahuan mengenai reka bentuk (design). Selain itu maklumat dan kemahiran menggunakan Adobe Photoshop dapat membantu peserta menjana pendapatan dengan mengambil upah mencipta rekaan mengikut kehendak pelanggan
Aktiviti :
- 1.Peserta diberi penerangan mengenai Adobe Photoshop berkenaan software dan fungsinya
- 2.Peserta diperkenalkan dengan tool yang terdapat dalam Adobe Photoshop seperti Move Tool, Crop, Text, Blending Option, Stroke dan lain-lain
- 3.Peserta diminta membuat canvas dan menamakan canvas, menentukan saiz, resolusi dan color yang akan digunakan.
- 4.Peserta memasukkan gambar dan perkataan. Kemudian menghias text menggunakan Blending Option.
___________________________________________________________________________________
Tarikh : 1 Jun 2018 Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi Peserta : 1 Orang Tempat : Pusat Internet 1Malaysia Felda Trolak Selatan |
Tujuan:
Memberi pendedahan tentang penggunaan bank atas talian. Kelas ini dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang teknologi perbankan yang mudah dan efisyen
Aktiviti:
- 1. Peserta diberi penerangan tentang bank-bank yang terlibat dalam system atas talian.
- 2. Peserta juga didedahkan dengan keselamatan system perbankan seperti symbol lock pada url bank berkaitan, nombor TAC, katanama dan katalaluan serta akaun bank atas talian
- 3. Petugas menerangkan setiap tab yang terdapat dalam system bank M2U.
- 4. Petugas menunjukkan cara untuk membuat transaksi dan bagaimana TAC no berfungsi.
- 5. Peserta juga diajar cara mendaftar system perbankan atas talian.
Aktiviti sokongan: Klik Dengan Bijak - keselamatan katanama dan kata laluan dan pemalsuan maklumat.
___________________________________________________________________________________