Tarikh    : 10 Oktober 2018

Masa      : 9.00 pagi - 12.00 tengahari

Peserta  : 10 Orang

Tempat  : Pusat Internet  Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :

Kursus bertujuan memberi pengenalan kepada peserta mengenai pengendalian kebersihan makanan, peralatan dan persekitaran supaya makanan tidak tercemar serta selamat dimakan. Aktiviti ini membantu peserta mendapatkan sijil pengendali makanan yang sah dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Aktiviti :

  1. 1. Pendaftaran bermula 8.30 pagi dan kursus bermula pada 9.00 pagi dengan ujian pengetahuan am. Peserta menjawab soalan melalui gambar              aktiviti yang ditayangkan di smartboard.
  2. 2, Kemudian penerangan pengenalan dari Tuan Haji Amran mengenai kepentingan dan kesedaran masyarakat mengenai kebersihan makanan dan        permis makanan. Kursus ini perlu diikuti oleh semua pengendali makanan termasuk jurujual makanan.
  3. 3. Penerangan diteruskan dengan beberapa topik penting tenteng pengurusan makanan.
  4. 4. Kursus diakhiri dengan penyampaian sijil kepada peserta.

     

  5. Gambar di sini

 

__________________________________________________________________________________________

 

Tarikh    : 9 Oktober 2018

Masa      : 11.00 pagi - 12.30 tengahari

Peserta  : 7 Orang

Tempat  : Pusat Internet  Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :

Mencipta kad perniagaan menggunakan Microsoft Office Publisher. Kad Perniagaan atau kad nama (Name card) penting untuk mengembangkan perniagaan. Ia membantu mempromosikan produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh peniaga. Melalui aktiviti ini, peserta akan mempelajari cara menbuat kad perniagaan atau kad nama dengan mudah menggunakan pattern yang terdapat dalam Microsoft Office Publisher.

 

Aktiviti:

  1. 1. Peserta diberi penerangan cara menggunakan Microsoft Publisher dan kepentingan kad nama
  2. 2. Peserta mencipta kad nama mengikut layout yang telah disediakan seperti nama, alamat, logo, moto perniagaan dan warna yang sesuai.
  3. 3. Peserta mencetak kad nama untuk kegunaan.

 

Gambar di sini

 

__________________________________________________________________________________________

 

Tarikh    : 27 September 2018

Masa      : 3.00 petang - 4.30 petang

Peserta  : 5 Orang

Tempat  : Pusat Internet  Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :

Mempromosikan Dashboard komuniti dan mendedahkan cara penggunaan serta kepentingan DK kepada komuniti. Komuniti dapat menggunakan satu aplikasi yang mempunyai banyak fungsi seperti membuat pengumuman, menhantar aduan, menyimpan data kesihatan, mempromosikan produk dan memperkenalkan tempat yang menarik.

 

Aktiviti :

    1. 1. Peserta diberi menerangan tentang kepentinagn DK
      1. 2. Peserta medaftar masuk menggunakan nombor kad pengenalan
      2. 3. Peserta membuat pengumuman dan menghantar aduan kepada pihak berkuasa
      3. 4. Peserta menjawab soalan kuiz MyHealth

 

Gambar di sini

_________________________________________________________________________________________

 

Tarikh    : 5 Oktober 2018

Masa      : 9.00 pagi - 10.00 pagi

Peserta  : 14 Orang

Tempat  : Pusat Internet  Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :

Berkongsi maklumat tazkirah melalui aplikasi whatsapp kepada peserta. Kini maklumat dan ilmu lebih mudah diperolehi melalui telefon mobil terutamanya dari media social seperti whatsapp, facebook dan lain-lain. Namun setiap maklumat perlu mempunyai rujukan bagi memastikan ia adalah benar dan sahih.

 

Aktiviti:

  1. 1. Peserta menerima maklumat tazkirah dari puan Umi iaitu takzirah bertajuk “ Zikir Amalan Harian”
  2. 2. Penjelasan diberikan oleh Puan Umi bersama contoh-contoh zikir.
  3. 3. Peserta diminta membaca zikir-zikir bersama-sama.

 

Aktiviti sokongan:

1. Bacaan yassin

 

Gambar di sini

 

_________________________________________________________________________________________

 

Tarikh    : 30 September 2018

Masa      : 3.00 petang - 4.00 petang

Peserta  : 5 Orang

Tempat  : Pusat Internet  Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :

Memperkenalkan dan meningkatkan pengetahuan peserta tentang cara menyalin dan menampal potongan ayat Alquran ke dalam dokumen lain.Aktiviti ini membantu pelajar menggunakan teknik menyalin dan menampal dokumen atau maklumat ke dalam dokumen lain. Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti ini

 

Aktiviti :

      1. 1. Pelajar mengakses portal Alquran iaitu https://quran.com/1
      2. 2. Pelajar diminta mencari surah Alkahfi dan mendengar bacaan ayat 1 hingga 10 surah tersebut. Peserta juga menbaca terjemahan maksud ayat.
      3. 3. Dengan menggunakan snipping tool, peserta menyunting beberapa ayat dan disimpan di computer.
      4. 4. Peserta menggunakan tool copy dan paste yang terpada pada bahagian kanan mouse. Ayat yang telah dipilih di tampal di Microsoft office Word.
      5. 5. Peserta menyimpan domumen yang telah dibuat.

       

    1. Aktiviti Sokongan :

      Penerangan mengenai ayat surah Alkahfi dari youtube

 

Gambar di sini

 

      1. ______________________________________________________________________________________