Tarikh : 23 Januari 2019 Masa : 10.00 pagi - 12.30 pagi Peserta : 25 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Memberi penerangan tentang pengurusan enap desa (homestay) dan ciri yang diperlukan untuk menyertai Program Pengalaman Homestay Malaysia Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Aktiviti :
1. Program bermula pada 10 pagi dengan pendaftran peserta dari Gugusan Felda Besout, Trolak, Sungai Klah, Behrang dan Hulu Selangor.
2. Penerangan diberikan oleh Puan Azira Mohd Rais dan Puan Sharifah Mahamin Abdul Hakim dari MOTAC. Penerangan bermula dengan pengenalan dan konsep yang digunakan Program Pengalaman Homestay Malaysia pada 1995.
3. Kemudian beliau menerangkan kreateria yang diperlukan untuk mendaftar homestay dibawah kementerian.
4. Beliau juga menerangkan beberapa stasistik homestay di Malaysia dan perkembangan kunjungan pelancong ke yang mengunjungi Homestay Malaysia.
5. Pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan oleh pelancong sepanjang berada dalam Program Pengalaman Homestay antaranya menoreh getah, mencari durian dan menangkap ikan.
6. Beliau memberi contoh homestay yang telah menjalankan Program ini sehingga berjaya. Beliau turut menerapkan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh pemilik homestay supaya mencapai ciri yang ditetapkan.
7. Di akhir sesi, Puan Azira menjawab beberapa soalan yang diutarakan oleh peserta.
___________________________________________________________________________________
Tarikh : 20 Januari 2019 Masa : 9.30 pagi - 12.30 pagi Peserta : 4 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Kelas diadakan untuk mengajar peserta membuat rekaan asas canvas dan layer menggunakan Adobe Photoshop.
Aktiviti :
1. Peserta mengakses Adobe Photoshop yang disediakan. Petugas menerangkan tools/peralatan yang terdapat pada AP.
2. Peserta membuat canvas mengguna saiz 210mm x 297mm iaitu saiz A4. Petugas menerangkan perbezaan saiz, resolution, color background dan color yang boleh digunakan untuk menghasilkan rekaan yang cantik.
3. Peserta menggunakan Paint Bucket Tool untuk mewarnakan background canvas. Kemudian peserta membuat layer baru dengan memasukkan text.
4. Kemudian peserta diminta mencari imej png di google.image. dan memasukkan imej tersebut ke dala AP. Setiap imej di cantikkan menggunakan blending option. Rekaan di simpan untuk suntingan akan datang.
___________________________________________________________________________________
Tarikh : 18 Januari 2019 Masa : 2.00 petang - 4.00 petang Peserta : 3 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Menyimpan imej dari google.image mengikut format imej untuk dan mengenali perbezaan saiz yang sesuai untuk digunakan.
Aktiviti :
1. Pelajar mencari imej rihal dengan mengakses google.image. Petugas memberi penerangan jenis format gambar antara jpg, jpeg, png, bmp dan gif.
2. Pelajar mencari imej menggunakan format yang diberikan.
3. Pelajar menyimpan imej menggunakan format yang berbeza.
4. Petugas juga menerangkan perbezaan dan kesesuaian saiz imej yang disimpan. Pelajar mencetak imej yang diperolahi untuk digunakan dalam kerja kursus mereka.
___________________________________________________________________________________
Tarikh : 19 Januari 2019 Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi Peserta : 4 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Kelas diadakan untuk membuat pengumuman dan aduan kepada JKKR Felda Trolak Selatan dalam DK
Aktiviti :
1. Peserta mengakses dashboard.pi1m.my menggunakan no kad pengenalan dan password masing-masing.
2. Petugas menerangkan serba sedikit modul yang terdapat dalam DK.
3. Peserta memasukkan pengumuman baru dalam DK my komuniti.
4. Kemudian mereka membuat aduan kepada JKKR Felda Trolak Selatan.
___________________________________________________________________________________
Tarikh : 17 Januari 2019 Masa : 8.00 pagi - 10.00 pagi Peserta : 21 Orang Tempat : Felda Residence Trolak |
Tujuan :
Program diadakan untuk menyemak tahap kesihatan komuniti terutamanya kandungan gula dalam darah.
Aktiviti :
1. Pendaftaran bermula sekitar 8.00 pagi. Setiap peserta akan ditanya sejarah kesihatan masing-masing.
2. Kemudian ketinggian, berat dan lilit pinggang peserta direkod.
3. Petugas menyemak kandungan gula dalam darah menggunakan alat Myhealth dan KOSPEN yang disediakan. Segala maklumat peserta disimpan dalam aplikasi Dashboard Komuniti Myhealth.
4. Petugas juga memberi penerangan bacaan yang sihat untuk tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan BMI kepada setiap peserta. Peserta juga dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk mendapat memeriksaan lanjut.
___________________________________________________________________________________