Tarikh : 24 Mac 2019 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Peserta : 8 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Membantu pelajar mendalami pengetahuan mengenai MS Ecxel dengan fungsi sebagai kalkulator.
Aktiviti :
1. Pelajar mengakses Ms Office Excel melalui computer masing-masing. Petugas menerangkan kepentingan Ms Office Excel menyelesaikan masalah dokumentasi. Selain itu petugas juga menerangkan kegunaan ikon-ikon yang terdapat pada Ms Office Excel seperti formula bar, name box dan lain-lain.
2. Pelajar diminta menaip beberapa digit nombor pada sel yang berbeza. Kemudian mereka membuat operasi tambah, tolak, darah dan bahagi menggunakan formula yang telah diberikan oleh petugas.
3. Pelajar juga membuat ayat matematik dalam sel menggunakan symbol = dan operasi matematik dalam formula bar dan melihat perbezaan yang terjadi antara cel (jawapan) dan formula bar.
4. Peserta juga di minta menyimpan dokumen yang telah dihasilkan dalam folder masing-masing.
__________________________________________________________________________________
Tarikh : 21 Mac 2019 Masa : 10.00 pagi - 1.00 tenhagari Peserta : 1 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Mempelajari laman sesawang perbankan atas talian maybank2u.com serta mencetak penyata kewangan akaun.
Aktiviti :
1. Peserta membuka laman sesawang https://www.maybank2u.com.my dan memasukkan kata nama dan kata laluan
2. Peserta diberi penerangan tentang keselamatan yang perlu diambil perhatian ketika menggunakan perbankan atas talian. Antara yang ditegaskan adalah tidak mendedahkan katanama dan kata laluan kepada orang lain, mestilah log keluar setelah selesai aktiviti dan menukar kata laluan dengan kerap.
3. Peserta juga diberi penerangan tentang setiap link yang terdapat pada paparan halaman seperti transfer, buy online dan lain-lain. Peserta diminta membuat pemindahan wang ke akaun yang dikenali sebagai contoh kerana setiap pemindahan wang akan disertai dengan no TAC yang dihantar ke no telefon yang didaftarkan oleh peserta.
4. Kemudian peserta mencetak penyata akaun untuk digunakan.
__________________________________________________________________________________
Tarikh : 17 Mac 2019 Masa : 10.00 pagi - 1.00 tengahhari Peserta : 4 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Meningkatkan pendapatan surirumah serta mempelajari teknik penjagaan kebersihan dan solekan muka.
Aktiviti :
1. Peserta diberi penerangan tentang produk Marykay termasuk sejarah, bahan pembuatan dan kemampuan produk ini untuk menjana pendapatan.
2. Kemudian peserta melalui proses soal selidik kulit muka bagi menentukan produk yang sesuai untuk digunakan.
3. Peserta membuat demonstrasi pembersihan muka menggunakan teknik yang diajar oleh perunding Mary kay. Teknik yang betul membantu pengguna mendapatkan hasi yang terbaik.
4. Peserta juga menonton youtube Marykay untuk buat solekkan menggunakan produk yang disediakan.
__________________________________________________________________________________
Tarikh : 22 Mac 2019 Masa : 3.00 petang - 6.00 petang Peserta : 6 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Meningkatkan pendapatan surirumah dengan menggunakan teknik perniagaan dari Tupperware
Aktiviti :
1. Peserta diberi penerangan tentang produk Tupperware termasuk sejarah, bahan pembuatan dan kemampuan produk ini untuk menjana pendapatan.
2. Elemen yang ditekan adalah teknik yang digunakan dalam perniagan Tupperware di mana setiap peniaga perlu memperluaskan rangkaian bagi membolehkan bonus bulanan dapat dijana dengan lebih baik.
3. Peserta juga ditekankan dengan pemasaran atas talian menggunakan media social. Peserta yang mendaftar akan diajar teknik menjual melalui kumpulan WhatApps dan telegram.
4. Bagi memberikan kesan yang lebih menarik peserta diberi peluang membuat demo menggunakan produk yang disediakan seperti chopper dan penapis air.
5. Kelas berakhir dengan cabutan bertuah kepada peserta.
__________________________________________________________________________________
Tarikh : 13 Mac 2019 Masa : 11.00 pagi - 1.00 tengahhari Peserta : 2 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Membantu pelajar lepasa Sijil Pelajaran Malaysia membuat pendaftaran ke UPU secara atas talian.
Aktiviti :
1. Peserta perlu mendaftar akaun UPU dan login menggunakan no kad pengenalan.
2. Peserta mengisi maklumat peribadi yang diperlukan mengikut prosedur yg telah ditetapkan.
3. Peserta perlu mengisi pilihan universiti dan aliran yang dikehendaki.
__________________________________________________________________________________