Tarikh : 15 Jun 2019 Masa :7.15 pagi - 1.00 tengahari Peserta : 142 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
1. Mempromosi aktiviti Pusat Internet sepanjang tahun 2019
2. Mengeratkan silaturahim antara komuniti dan Pusat Internet.
Aktiviti :
1. Aktiviti bermula dengan Senaman Erobik bersama Cikgu Jaafar di Padang Awam Felda Trolak Selatan. Seramai 42 orang telah menyertai aktiviti ini.
2. kemudian pada 8.30 pagi, penerangan dari Pegawai AADK bermula dengan tajuk Dadah dan Kesannya. Program diteruskan dengan Penerangan
Klik dengan Bijak dari petugas Pusat Internet. Antara tajuk KDB adalag Online Grooming, Sebenarnya .my, Mobile e-Waste dan Check Your Label.
3. Pada 9.30 pagi, Kuiz ICT berlangsung. Kuiz ini adalah berkaitan dengan sejarah Pusat Internet, Sejarah Felda, Dadah dan kesannya dan KDB.
Seterusnya, pengunjung 18 tahun ke atas menjalankan aktiviti menganyam ketupat dan origami online manakala kanak-kanak disajikan dengan pertandingan mewarna
secara online dan offline.
4. Sepanjang program, terdapat kaunter-kaunter perkhidmatan dari beberapa agensi dibuka kepada pengunjung. Antara agensi yang terlibat adalah
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional, Tabung Haji, Farmasi Klinik Kesihatan Trolak Selatan, Klinik Pergigian Sungkai,
dan Arrahnu Tanjung Malim. Pengunujung juga boleh mengunjungi gerai-gerai yang diusahakan oleh usahawan Felda Trolak Selatan. Antaranya adalah
Pertubuhan Pemulihan dalam Komuniti yang mana menjual produk kraftangan dari orang kelainan upaya, Gerai Fariza Corner, D' Trolak Bakery dan HPA.
5. Akviti diselangi dengan permainan tradisional tuju tin sementara menunggu waktu perasmian. Hari terbuka Pusat Internet dirasmikan oleh Tuan Haji Hassan Baharin,
Ketua Peneroka Felda Trolak Selatan. Wakil SKMM, TM dan MSD juga turut hadir memberi sokongan kepada program ini.
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 13 Jun 2019 Masa :9.00 pagi - 1.00 tengahari Peserta : 35 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
1. Mempromosi Dashboard Komuniti sebagai aplikasi yang perlu digunakan di kalangan komuniti.
2. Menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada komuniti
Aktiviti :
1. Petugas menerangankan tujuan kelas diadakan iaitu sempena Program Hari Terbuka Pusat Internet yang akan berlangsung pada 15 Jun 2019
2. Petugas membuat pemeriksaan tekanan darah dan bacaan gula dalam darah kepada peserta yang hadir. Mereka juga didedahkan dengan maklumat kesihatan
seperti cara mengawal gula dalam darah dan mengawal tekanan.
3. Peserta yang didapati bacaan melebihi paras selamat dinasihatkan merujuk doktor di Klinik Kesihatan Trolak Selatan
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 2 Jun 2019 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Peserta : 8 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Aktiviti ini dapat membantu pelajar meningkatkan pengetahuan dan kemahiran matematik dan sains. Mereka juga dapat bersaing dengan rakan secara sihat dan menyeronokan.Mempelajari dan menambah pengetahuan sains dengan aktivti intraktif
Aktiviti :
1. Peserta bermain kuiz untuk menjawab soalan yang berkatian dengan sains dan matematik. Aplikasi yang digunakan adalah Quizzs.
3. Peserta perlu memasukkan no cade yang tertera pada pc domian. Setelah semua peserta dapat mengakses permainan ini, soalan kuiz bermula.
4. Peserta perlu memilih jawapan yang betol. Peserta yang mendapat markah tertinggi akan dikira sebagai pemenang.
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 9 Jun 2019 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Peserta : 8 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
1. Mempromosi Dashboard Komuniti sebagai aplikasi yang perlu digunakan di kalangan komuniti.
2. Memuat naik pengumuman di My komuniti.
Aktiviti :
1. Petugas menerangankan tujuan kelas diadakan iaitu sempena Program Hari Terbuka Pusat Internet yang akan berlangsung pada 15 Jun 2019
2. Peserta yang terdiri dari peniaga kecik mengakses dashboard.pi1m.com.my dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan masing-masing. Kemudian memuat naik pengumuman di My Komuniti.
3. Kemudian peserta memuat naik pengumuman ke dalam my komuniti. Peserta juga melayari ke my shop, my place, dan my soal.
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 31 Mei 2019 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Peserta : 10 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dengan menjawab soalan-soalan pengetahuan.
Aktivti :
1. Peserta bermain kuiz untuk menjawab soalan yang berkatian dengan bendera, pemain bola sepak, karaktor karton dan negara di dunia. Aplikasi yang digunakan adalah Quizzs.
3. Peserta perlu memasukkan no cade yang tertera pada pc domian. Setelah semua peserta dapat mengakses permainan ini, soalan kuiz bermula.
4. Peserta perlu memilih jawaban yang betol. Peserts yang mendapat markah tertinggi akan dikira pemenang.
_____________________________________________________________________________