Tarikh : 13 Julai 2019 Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari Peserta : 10 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Membina silang kata menggunakan MS Office Word
Aktivti :
1. Petugas menerangkan kegunaan, kepentingan dan tool yang terdapat dalam MS Office. Peserta diminta mencuba beberapa tool seperti memasukkanbentuk, carta dan kotak.
2. Peserta menaip tajuk Silang kata, kemudian mengubah jenis, saiz dan warna font mengikut kreativiti masing-masing. Petugas diminta menbina kotak dengan melukis pada canvas menggunakan saiz yang telah ditetapkan. Kotak-kotak tersebut disusun mengikut sampel yang telah disediakan. Peserta perlu menyalin kotak (copy) dan menampal (paste) kotak yang sama untuk memudahkan tugasan.
3. Setelah kotak siap disusun, peserta memasukkan huruf-huruf teka silang kata. Silang kata tersebut dioleh mengikut kretiviti masing-masing.
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 4 Julai 2019 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Peserta : 4 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Membantu pelajar sekolah menengah menyelesaikan tugasan menggunakan Microsoft Office Word.
Aktivti :
1. Pelajar merangka folio seperti pendahuluan, pengenalan, isi dan penutup. Pelajar juga mencari maklumat menggunakan google dan google image.
2. Pelajar menggunakan MS Office Word untuk menaip maklumat yang telah diperolehi. Pelajar juga memasukkan jadual dan carta.
3. Pelajar mencetak hasil folio yang disiapkan
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 29 Jun 2019 Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari Peserta : 6 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Memberi penerangan tentang perbezaan format imej untuk diguna dalam menghasilkan rekaan grafik
Aktivti :
1. Peserta mengakses Adobe Photoshop dan membina canvas bersaiz A4 dengan resolusi 300 pixel.
2. peserta perlu mengakses google.Image dan mencari imej kartun dengan menaip jpeg atau png. Imej dengan format jpeg dan png disimpan di folder
masing-masing.
3. Kedua-dua jenis imej tersebut dibuka melalui Adobe Photoshop. Petugas menerangankan perbezaan di antara kedua-dua jenis imej ini disamping cara
menggunakannya.
4. Imej tersebut diletakkan ke atas canvas yang telah dibina.
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 30 Jun 2019 Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari Peserta : 6 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Aktiviti ini dapat membantu pelajar meningkatkan pengetahuan am, penguasaan sains dan bahasa inggeris.
Mempelajari dan menambah pengetahuan sains dengan aktivti intraktif
Aktivti :
1. Peserta bermain kuiz untuk menjawab soalan yang berkatian dengan pengetahuan am, sains dan bahasa inggeris. Aplikasi yang digunakan adalah Quizzs.
3. Peserta perlu memasukkan no cade yang tertera pada pc domian. Setelah semua peserta dapat mengakses permainan ini, soalan kuiz bermula.
4. Peserta perlu memilih jawaban yang betul. Peserts yang mendapat markah tertinggi akan dikira pemenang.
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 26 Jun 2019 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Peserta : 2 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Membantu belia menulis surat menggunakan Microsoft Office Word untuk membuat permohonan pinjaman perumahan.
Aktiviti :
1. 2 orang belia Felda Trolak Selatan membuat surat permohonan pinjaman perumahan. Surat menggunakan Microsoft Office Word.
2. Petugas membantu belia tersebut menaip, menukar font dan saiz, serta menbuat margin yang sesuai. Petugas juga membantu menyemak format surat yang dibuat.
3 Surat yang telah selesai ditaip dicetak untuk dihantar ke pejabat Penghulu Sungkai.
_____________________________________________________________________________