Tarikh : 30 Mei 2019 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Peserta : 10 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Aktiviti ini dapat membantu pelajar meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sains. Mereka juga dapat bersaing dengan rakan secara sihat dan menyeronokan.
Mempelajari dan menambah pengetahuan sains dengan aktivti intraktif
Aktivti :
1. Peserta bermain kuiz untuk menjawab soalan yang berkatian dengan sains . Aplikasi yang digunakan adalah Kahoot.it
3. Peserta perlu memasukkan no cade yang tertera pada pc domian. Setelah semua peserta dapat mengakses permainan ini, soalan kuiz bermula.
4. Peserta perlu memilih jawaban yang betol. Peserta yang mendapat markah tertinggi akan dikira pemenang.
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 29 Mei 2019 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Peserta : 10 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Aktiviti bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang cara menghasilkan kad ucapan digital menggunakan aplikasi yang mudah, cepat dan cantik di internet.
Aktivti :
1. Peserta yang terdiri dari pelajar sekolah kebangsaan diminta mengakses laman https://www.fotojet.com/
2. Mereka memilik tab 'Create a Design'. Dalam bahagian ini peserta perlu memilih tema kad dan setiap tema telah disediakan dengan pelbagai layout dan latar yang menarik.
3. Peserta perlu mengubah ayat dan ucapan yang telah disediakan oleh aplikasi ini. Mereka juga boleh menambah simbol, icon, latar dan warna. Kesemuanya telah disediakan
oleh aplikasi ini.
4. Setelah selesai mengubah, kad tersebut dimuat turun menggunakan format JPeg. Bagi memberi penghargaan setiap kad yang dihasilkan akan dihantar kepada ibubapa masing-masing
menggunakan aplikasi WhatsApp.
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 26 Mei 2019 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Peserta : 8 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dengan menjawab soalan-soalan dari mata pelajaran di sekolah.
Aktivti :
1. Peserta bermain kuiz untuk menjawab soalan yang berkatian dengan matemati, pendidikan islam, sains dan matematik. Aplikasi yang digunakan adalah Quizzs.
3. Peserta perlu memasukkan no cade yang tertera pada pc domian. Setelah semua peserta dapat mengakses permainan ini, soalan kuiz bermula.
4. Peserta perlu memilih jawaban yang betol. Peserts yang mendapat markah tertinggi akan dikira pemenang.
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 28 & 29 Mei 2019 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Peserta : 3 dan 12 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
- Mempromosi Dashboard Komuniti sebagai aplikasi yang perlu digunakan di kalangan komuniti.
- Memuat naik produk tempatan untuk meluaskan pasaran menggunaka My shop
- Memuat naik pengumuman di My komuniti.
Aktivti :
1. Petugas menerangankan tujuan kelas diadakan iaitu sempena Program Hari Terbuka Pusat Internet yang akan berlangsung pada 15 Jun 2019
2. Peserta yang terdiri dari peniaga kecik mengakses dashboard.pi1m.com.my dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan masing-masing. Kemudian memuat naik pengumuman di My Komuniti.
3. Kemudian peserta memuat naik produk ke My shop. Peserta menggunakan aplikasi WhatsApp.web untuk memindahkan gambar produk ke komputer. Teknik ini lebih mudah
kerana tidak menggunakan kabel atau bluetooth.
4. Setelah selesai aktiviti tersebut, petugas mengesahkan produk yang telah dimuatnaik oleh peserta. Peserta diberi masa untuk melayari DK dan berkongsi pendapat mengenainya.
5. Setiap peserta menerima cenderahati dari petugas kerana menyertai program ini.
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 25 Mei 2019 Masa :9.00 pagi - 11.00 pagi Peserta : 8 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Menyediakan kad raya digital menggunakan aplikasi mudah di komputer
Aktivti :
1. Peserta diminta mengakses google image untuk mencari wallpaper bertemakan hari raya aidilfitri. Wallpaper yang sesuai disalin untuk digunakan sebagai kad ucapan.
2. Peserta menggunakan Microsoft Power Point sebagai canvas untuk medekorasi kad ucapan tersebut. Layout blank digunakan dan wallpaper yang telah disalin perlu ditampal
pada canvas tersebut.
3. Kemudian peserta membuat kotak untuk menulis ucapan, memasukkan gambar dan objek.
4. Kad yang telah disiapkan disimpan menggunakan format jpeg untuk dihantar kepada ibu bapa masing-masing menggunakan aplikasi whatsapp.
_____________________________________________________________________________