Tarikh   : 23 Mei 2019

Masa     : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Peserta : 120 Orang

Tempat : Sekolah Kebangsaan Trolak Selatan

 

Tujuan :

- Menerangkan komputer dan teknologi yang terdapat pada masal lalu dan kini

- Menyebarkan kesedaran tentang masalah buli di media sosial dan ketagihan internet di kalangan kanak-kanak.

- Memberi solusi yang terbaik untuk mengatasi masalah dan jenayah di media sosial.

 

Aktivti :
1. Peserta adalah dari kalangan kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun. Penerangan adalah berkaitan komputer dan teknologi, masalah buli di kalangan remaja dan kanak-kanak
serta perkara yang menyebabkan ketagihan kepada komputer dan internet.
2. Peserta juga diberikan contoh kes yang telah terjadi Malaysia dan di luar negara. untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam, video berkaitan masalah yang bincangkan
ditayang dan sesi soal jawab dilakukan.
3. Antara penekanan yang dibuat dalam advokasi ini adalah:
- Sejarah perkembangan internet dan penggunaannya di Malaysia
- penggunaan teknologi pada masa kini dan akan datang.
- Risiko penggunaan internet yang tidak dikawal
- Maksud, perbezaan dan persamaan buli siber
- Mengenali pembuli dan bahasa yang digunakan serta contoh kes buli
- Tips pencegahan jika berlaku buli.
- Maksud ketagihan dan jenis-jenis ketagihan komputer dan internet
- Tips mengatasi masalah ketagihan
- Maksud dan kesan oversharing serta tips menggunakan privasi di media sosial.

 

Gambar di sini

_____________________________________________________________________________

Tarikh   : 17 Mei 2019

Masa     : 3.00 petang - 5.00 petang

Peserta : 6 Orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :

Program bertujuan memberi kesederan kepada pengunjung tentang kepentingan pengurusan e-sisa yang betul serta kepentingan menjaga maklumat peribada di media sosial.

 

Aktivti :
1. Kotak mobile e-waste disediakan bagi membolehkan peserta membuang telefon dan peranti yang telah rosak. Papan kenyataan tentang Klik dengan Bijak juga dipaparkan kepada
pengunjung supaya pengunjung dapat membaca maklumat mengenai kepentingan menjaga maklumat peribadi.
2. Perkara yang ditekankan dalam aktiviti ini adalah :
- Kesedaran menjaga lama sekitar dengan mengamalkan pengurusan e-sisa dengan betul.
- Pendedahan tentang masalah kesihatan yang akan terjadi jika alam sekitar terjejas akibat bahan kimia yang terdapat dalam e-sisa yang tidak diselenggara.
- Memberi pengetahuan tentang kaedah yang digunakan dalam pengurusan e-sisa yang dilakukan oleh SKMM dan agensi terlibat.
- Memberi kesedaran tentang akibat perkongsian maklumat peribadi yang tidak dikawal di media sosial.
- Memberi penerangan keadah dan teknik yang digunakan oleh penjenayah siber untuk memanipulasi maklumat.
- Menerangkan cara menjaga privasi maklumat di media sosial.

 

Gambar di sini

_____________________________________________________________________________

Tarikh   : 7 Mei 2019

Masa     : 11.00 pagi - 2.00 petang

Peserta : 6 Orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :

Program dijalankan untuk mempelajari cara menambah pendapatan komuniti melalui produk dari jenamaTupperware.Program ini dapat membantu komuniti menambah pendapatan, mempelajari teknik pemasaran, kemahiran interpersonal dan pengurusan kewangan.

 

Aktivti :

1.Peserta diberi penerangan tentang produk Tupperware termasuk sejarah, bahan pembuatan dan kemampuan produk ini untuk menjana pendapatan.
2. Elemen yang ditekan adalah teknik yang digunakan dalam perniagan Tupperware di mana setiap peniaga perlu memperluaskan rangkaian bagi membolehkan bonus bulanan dapat dijana dengan lebih baik.
3. Peserta juga ditekankan dengan pemasaran atas talian menggunakan media social. Peserta yang mendaftar akan diajar teknik menjual melalui kumpulan WhatApps dan telegram.
4. Bagi memberikan kesan yang lebih menarik peserta diberi peluang membuat demo menggunakan produk yang disediakan seperti chopper dan penapis air.
5. Kelas berakhir dengan cabutan bertuah kepada peserta.

 

Gambar di sini

_____________________________________________________________________________

Tarikh   : 12 Mei 2019

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Peserta : 10 Orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :

Aktiviti ini dapat membantu pelajar meningkatkan pengetahuan dan kemahiran matematik dan sains. Mereka juga dapat bersaing dengan rakan secara sihat dan menyeronokan.
Mempelajari dan menambah pengetahuan sains dengan aktivti intraktif

 

Aktivti :
1. Peserta bermain kuiz untuk menjawab soalan yang berkatian dengan sains dan matematik. Aplikasi yang digunakan adalah Quizzs.
3. Peserta perlu memasukkan no cade yang tertera pada pc domian. Setelah semua peserta dapat mengakses permainan ini, soalan kuiz bermula.
4. Peserta perlu memilih jawaban yang betol. Peserts yang mendapat markah tertinggi akan dikira pemenang.

 

Gambar di sini

_____________________________________________________________________________

 

 

Tarikh   : 3 Mei 2019

Masa     : 3.00 petang - 6.00 petang

Peserta : 15 Orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :

Program diadakan untuk memperingati amalan dan aktiviti yang perlu dilakukan oleh umat islam dalam bulan Ramadan.

Aktivti ini mengeratkan silaturahim antara petugas Pusat Internet dan komuniti. Ia juga memberi manfaat kepada pengunjung
untuk mengingati amalan yang penting dalam bulan Ramadan.

 

Aktivti :

1. Program dimulakan dengan bacaan Yassin dan tahlil. Seramai 30 orang peserta dari komuniti Felda Trolak Selatan menyertai majlis ini. Bacaan Yassin dan tahlil diketuai oleh Imam masjid Jamek Felda Trolak Selatan.
2. Selepas bacaan Yassin, tazkirah Ramadan disampaikan oleh Imam Masjid. Antara perkara yang dibincangkan adalah:
- Golongan orang yang berpuasa
- Kewajiban menghormati ibubapa
- Keberkatan dan rahmat di bulan puasa
- Niat dan tatacara pelaksanaannya
3. Majlis berakhir dengan jamuan makan.

 

Gambar di sini

_____________________________________________________________________________