Tarikh : 10 Mac 2019 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Peserta : 8 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Kelas bertujuan membantu pelajar meningkatkan kemahiran dan menguasai matematik dengan menjawab soalan secara atas talian dari bank soalan guru-guru terpilih.
Aktiviti :
1. Pelajar menjawab soalan mudah iaitu operasi tambah yang disediakan oleh petugas. Soalan ini diambil dari bank soalan secara atas talian. Soalan tersebut dijawab menggunakan MS Office Word.
2. Pelajar mengakses www.latihtubimatematik.com untuk menjawab soalan mengikut tahun dan topik. Terdapat banyak pilihan topik soalan dan setiap topik mempunyai set-set soalan mengikut tahap kesukaran.
3. Pelajar diminta menjawab soalan dan diberi masa untuk menjawabnya. Pelajar akan mengetahui sama ada soalan yang dijawab itu adalah betul atau salah dan setelah selesai menjawab soalan pelajar akan diberi markah pencapaian secara atas talian.
__________________________________________________________________________________
Tarikh : 8 Mac 2019 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Peserta : 20 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Majlis Bacaan Yassin diadakan untuk memohon keselamatan dan keamanan Felda Trolak Selatan. Tazkirah bertujuan berkongsi ilmu tentang Panduan Wanita Solehah
Aktiviti :
1. Aktiviti bermula pada pukul 9.30 pagi dengan bacaan Yassin yang dipimpin oleh ustaz.
2. Tazkirah mengenai Panduan Wanita Solehah disampaikan oleh Ustaz Zamani dari WSZ. Antara perkongsiannya adalah perkara-perkara yang menjadi perhiasan wanita seperti pakaian, inai, wangian dan sebagainya.
3. Beliau turut berkongsi tentang hukum setiap perhiasan serta dalil keterangan tersebut.
4. Aktivti juga diselitkan dengan penerangan tentang kepentingan bersedekah.
5. Aktivti berakhir pada jam 12.30 tengah hari dengan jamuan makan.
__________________________________________________________________________________
Tarikh : 28 Februari 2019 Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengahari Peserta : 1 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Melayari system eKafa dan memahami penggunaannya. Kelas ini membantu peserta memahami penggunaan system eKafa untuk kegunaan akan datang.
Aktiviti :
1. Peserta memasukkan katanama dan katalaluan yang telah didaftarkan.
2. Kemudian peserta membuka setiap link yang terdapat dalam portal tersebut.
3. Antara link yang boleh dilawati adalah adalah gaji online, cuti online, latihan dan permohonan kerja online.
4. Petugas membantu peserta memohon cuti secara online dan memuat turun slip gaji peserta.
_____________________________________________________________________________________
Tarikh : 6 Mac 2019 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Peserta : 1 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Aktiviti bertujuan membantu Guru Sekolah Agama Rakyat mencari teks bercerita dan mengedit teks tersebut untuk pertandingan Bercerita Kisah Nabi peringkat daerah Batang Padang.
Aktiviti :
1. Guru mengakses laman sesawang google.com. dan menaip tajuk kisah Nabi yang diberikan. kemudian guru memilih laman yang mempunyai tajuk yang bersesuaian.
2. Setelah membaca dan meneliti teks tersebut, guru membuat pilihan dan menampal di MS Office Word untuk dibaiki mengikut kehendak pertandingan.
3. Kemudian teks tersebut dicetak untuk diberikan kepada pelajar yang terlibat.
____________________________________________________________________________________
Tarikh : 24 Februari 2019 Masa : 10.00 pagi - 1.00 tengahari Peserta : 10 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Kelas diadakan untuk mengajar peserta membuat rekaan asas layer dan memasukkan objek menggunakan Adobe Photoshop. Kelas ini membantu peserta meningkat kemahiran menggunakan PS. Kelas ini membantu peserta meningkat kemahiran menggunakan PS
Aktiviti :
1. Peserta mengakses Adobe Photoshop yang disediakan. Petugas menerangkan tools/peralatan yang terdapat pada AP.
2. Peserta membuat canvas mengguna saiz 210mm x 297mm iaitu saiz A4. Petugas menerangkan perbezaan saiz, resolution, color background dan color yang boleh digunakan untuk menghasilkan rekaan yang cantik.
3. Peserta menggunakan Paint Bucket Tool untuk mewarnakan background canvas. Kemudian peserta membuat layer baru dengan memasukkan text.
4. Kemudian peserta diminta mencari imej png di google.image dan memasukkan imej tersebut ke dalam AP. Peserta juga boleh mengambil gambar sendiri menggunakan Dell webcam. Setiap imej di cantikkan menggunakan blending option. Rekaan di simpan untuk suntingan akan datang.
______________________________________________________________________________________