Tarikh : 14 Disember 2018 Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengahari Peserta : 18 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Program diadakan untuk menyemak tahap kesihatan komuniti dan memudahka komuniti merujuk kepada klinik berdekatan.
Aktiviti :
1. Pendaftaran bermula sekitar 9.00 pagi. Setiap peserta akan ditanya sejarah kesihatan masing-masing.
2. Kemudian ketinggian, berat dan lilit pinggang peserta direkod.
3. Petugas juga mengambil tekanan darah dan menyemak kandungan gula dalam darah menggunakan alat Myhealth dan KOSPEN yang disediakan. Segala maklumat peserta disimpan dalam aplikasi Dashboard Komuniti Myhealth.
4. Petugas juga memberi penerangan bacaan yang sihat untuk tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan BMI kepada setiap peserta. Peserta juga dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk mendapat memeriksaan lanjut.
5. Setiap peserta yang membuat saringan kesihatan layak menyertai cabutan bertuah pada Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet
________________________________________________________________________________________
Tarikh : 13 Disember 2018 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Peserta : 7 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Meningkatkan kemahiran menggunakan Microsoft Office Power Point di kalangan murid sekolah rendah
Aktiviti :
1. Peserta diberi pengenalan tentang MS Office Power Point terutama tujuan penggunaan dan fungsi secara ringkas.
2. Peserta diminta membuka aplikasi MS Office Power Point. Petugas memberi penerangan tentang setiap tool/peralatan yang terdapat dalam ribbon operasi.
3. Peserta memilih layout "title only", design slide dan memasukkan nama dan alamat masing-masing. Mereka diajar menukar, saiz, warna dan kedudukan font.
4. Peserta juga diajar cara memasukkan transation dan animasi supaya slide perbentangan mereka menarik dan tersusun.
________________________________________________________________________________________
Tarikh : 7 Disember 2018 Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengahari Peserta : 20 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Program diadakan untuk menyemak tahap kesihatan komuniti dan memudahka komuniti merujuk kepada klinik berdekatan.
Aktiviti :
1. Pendaftaran bermula sekitar 9.00 pagi. Setiap peserta akan ditanya sejarah kesihatan masing-masing.
2. Kemudian ketinggian, berat dan lilit pinggang peserta direkod.
3. Petugas juga mengambil tekanan darah dan menyemak kandungan gula dalam darah menggunakan alat Myhealth dan KOSPEN yang disediakan. Segala maklumat peserta disimpan dalam aplikasi Dashboard Komuniti Myhealth.
4. Petugas juga memberi penerangan bacaan yang sihat untuk tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan BMI kepada setiap peserta. Peserta juga dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk mendapat memeriksaan lanjut.
5. Bagi mencari solusi masalah peserta, Puan Ainon dari Wilayah Trolak iaitu Pengedar Makanan Sunnah menerangkan cara mengawal penyakit dan mengatasi masalh peserta.
6. Setiap peserta yang membuat saringan kesihatan layak menyertai cabutan bertuah pada Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet.
________________________________________________________________________________________
Tarikh : 9 Disember 2018 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Peserta : 12 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Meningkatkan pengetahuan tentang istilah yang sering digunakan dalam internet.
Aktiviti :
1. Peserta diberi kertas yang mempunyai kumpulan perkataan yang disusun.
2. Peserta diminta mencari perkataan yang disenaraikan. Setelah selesai, petugas menerangkan maksud perkataan tersebut.
3. Petugas juga memberi penerangan tentang cara menggunakan internet dengan betul dan selamat kepada peserta.
________________________________________________________________________________________
Tarikh : 30 November 2018 Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang Peserta : 117 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Mengadakan pameran dan mempromosi kempen Klik Dengan Bijak
Aktiviti :
1. Pameran Klik Dengan Bijak bermula pada jam 8.00 pagi di perkarangan Bangunan ICT UPSI. Pengunjung diminta mendaftarkan diri dan diberi cenderahati KDB
2. Petugas mengadakan pertandingan Crossword KDB dan pengujung yang berjaya mencari perkataan diberikan hadiah kemenangan.
3. Pengunjung juga diberi peluang memutar roda KDB serta menjawab soalan yang disediakan. Petugas memberi penerangan tentang kata kunci KDB yang terdapat di roda tersebut.
4. Pengujung juga boleh membuang sisa elektronik seperti handphone, bateri dan pengecas ke dalam kotak Mobile Ewaste. pengunjung juga turut diberi penerangan tentang kepentingan pengurusan sisa elektronik kepada alam sekitar.
5. Perasmian penutup berlangsung sekitar 3.00 petang dengan kehadiran Canselor UPSI dan Ketua SKMM Perak.
________________________________________________________________________________________