Tarikh : 23 April 2019 Masa : 11.00 pagi - 1.00 tengahari Peserta : 25 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Program bertujuan memberi kesederan kepada pengunjung tentang kepentingan pengurusan e-sisa yang betul serta kepentingan menjaga maklumat peribada di media sosial.
Aktivti :
1. Kotak mobile e-waste disediakan bagi membolehkan peserta membuang telefon dan peranti yang telah rosak. Papan kenyataan tentang Klik dengan Bijak juga dipaparkan kepada
pengunjung supaya pengunjung dapat membaca maklumat mengenai kepentingan menjaga maklumat peribadi.
2. Perkara yang ditekankan dalam aktiviti ini adalah :
- Kesedaran menjaga lama sekitar dengan mengamalkan pengurusan e-sisa dengan betul.
- Pendedahan tentang masalah kesihatan yang akan terjadi jika alam sekitar terjejas akibat bahan kimia yang terdapat dalam e-sisa yang tidak diselenggara.
- Memberi pengetahuan tentang kaedah yang digunakan dalam pengurusan e-sisa yang dilakukan oleh SKMM dan agensi terlibat.
- Memberi kesedaran tentang akibat perkongsian maklumat peribadi yang tidak dikawal di media sosial.
- Memberi penerangan keadah dan teknik yang digunakan oleh penjenayah siber untuk memanipulasi maklumat.
- Menerangkan cara menjaga privasi maklumat di media sosial.
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 23 April 2019 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Peserta : 30 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Program bertujuan menyemak kesihatan komuniti dengan menyaring bacaan gula dalam darah dan tekanan darah.
Program ini juga bertujuan menyemai sikap membaca dikalangan komuniti, memberi kesedaran tentang kepentingan membaca
Aktivti :
1. Aktiviti bermula dengan pendaftaran pengunjung dan jemputan khas. Penyelia program memberi penerangan tentang tujuan program yang berlangsung seluruh Malaysia.
2. Semua pengunjung diminta membaca apa-apa sahaja bahan bacaan selama 10 minit.
3. Beberapa aktiviti lain dijalankan seperti dekorasi kek cawan, aktivti mewarna untuk kanak-kanak Tabika KEMAS dan kuiz pengetahuan am.
4. Pusat internet telah menjalankan pemeriksaan kesihatan iaitu menyemak bacaan gula dalam darah dan tekanan darah. Elemen yang ditekankan
adalah :
- memberi kesedaran kepada komuniti untuk menjaga kesihatan dan mengamalkan cara hidup yang sihat.
- memberi pendedahan tentang kesan pengambilan gula yang berlebihan
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 14 April 2019 Masa : 3.00 petang - 6.00 petang Peserta : 6 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Mempelajari dan menambah pengetahuan sains dengan aktivti intraktif.
Aktivti :
1. Peserta diberi selama 1 jam untuk menonton video dan youtube mengenai subjek Sains Tingkatan 2 dalam bab nutrisi.
Melalui video tersebut pelajar perlu memahani setiap intilah perkataan sains seperti beberapa jenis penyakit, nutrien makanan, tindak balas kimia
dalam uji kaji serta proses yang berlaku dalam tubuh manusia.
2. Kemudian peserta akan bermain kuiz untuk menjawa soalan yang berkatian dengan saizs. Aplikasi yang digunakan adalah
Quizzs.
3. Peserta perlu memasukkan no cade yang tertera pada pc domian. Setelah semua peserta dapat mengakses permainan ini, soalan kuiz bermula.
4. peserta perlu memilih jawaban yang betol. Peserts yang mendapat markah tertinggi akan dikira pemenang.
______________________________________________________________________________
Tarikh : 17 April 2019 Masa : 3.00 petang - 6.00 petang Peserta : 12 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Mempelajari teknik membuat bunga hiasan dari stokin dan meningkatkan kemahiran keusahawanan bagi menambah pendapatan.
Aktivti :
1. Bengkel dimulakan dengan memperkenalkan bahan dan peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan bunga hiasan tersebut. Antara bahan-bahannya
adalah stokin hiasan pelbagai warna, dawai halus, pembalut bunga, benang dan lidi bunga.
2. Beberapa gulungan dawai halus dibentuk mengikut bilangan kelopak bunga yang akan dihasilkan. Kemudian kelopak-kelopak itu disusun dan
dicantum menggunakan benang. Daun yang dihasilkan dari stokin hijau juga di cantum pada batang lidi menggunkan pembalut bunga. Bunga-bunga
yang telah siap dihasilkan didekorasi pada pasu.
3. Elemen keusahawanan diterapkan dalam bengkel ini. Antaranya:
- Kemahiran kendiri yang kreatif akan menghasilkan produk yang baik untuk dipasarkan. Bunga stokin mendapat perhatian yang baik jika dikomersialkan
kerana kebanyakkan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, pertunangan dan sebagainya menggunakan bunga sebagai suguhati kepada tetamu.
- Produk ini boleh menambah pendapatan jika diusahakan dengan bersungguh sungguh.
_____________________________________________________________________________
Tarikh : 13 April 2019 Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi Peserta : 9 Orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Permainan dijalankan untuk menguji kecekapan peserta menyusun puzzle yang telah diselerakkan.
Aktiviti :
1. Peserta diminta mengakses jizsawplanet.com. peserta diberi masa selama 30 minit untuk mencuba dan berlatih menyusun puzzle menggunakan frame yang terdapat laman tersebut.
2. Petugas menetapkan frame, jumlah puzzle dan bentuk puzzle yang akan digunakan untuk pertandingan di setiap pc.
3. Pertandingan bermula dan peserta yang dapat menyelesaikan puzzle paling cepat ditentukan sebagai pemenang.
_______________________________________________________________________________