Tarikh   : 11 April 2019

Masa     : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Peserta : 1 Orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :

Membantu pelajar lepasan STPM mengisi borang SPA untuk mendaftar pekerjaan

 

Aktiviti :

1. Aktiviti bermula dengan pendaftaran akaun SPA iaitu peserta perlu mengisi maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, emel
dan membina kata nama dan kata laluan.
2. Setelah berjaya mendapatkan kata nama dan kata laluan, peserta perlu mendaftar masuk portal tersebut.
3. Segala maklumat peribadi, maklumat pendidikan, pengalaman berkerja dan jenis pekerjaan yang dimohon perlu diisi pada borang atas talian
yang disediakan.
4. Diakhir borang tersebut, peserta perlu membuat pengesahan maklumat dan menghantar borang tersebut.

 

Gambar di sini

_______________________________________________________________________________

Tarikh   : 3 April 2019

Masa     : 9.30 pagi - 11.30 pagi

Peserta : 1 Orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :

Membantu majikan mengisi borang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Perkeso melalui proses transaksi bank atas talian.

 

Aktivti :

1. Peserta adalah kerani JKKR Felda Trolak Selatan. Beliau telah mendaftar kata nama dan kata laluan melalui pejabat KWSP dan Perkeso.
2. Untuk membayar Caruman KWSP, peserta perlu memilih ketagori majikan dan mendaftar masuk kata nama dan kata laluan.
3. Proses caruman bermula dengan memilih bulan, jenis caruman dan jumlah caruman bulanan. Bagi membuat pemotongan bayaran,
    membuat transaksi secara atas talian. Peserta perlu memilih bank dan membuat pembayaran.
4. Proses yang sama berlaku pada caruman Perkeso. Peserta perlu memilih dua jenis caruman dan melakukan proses pembayaran atas talian.

 

Gambar di sini

________________________________________________________________________________

Tarikh   : 28 Mac 2019

Masa     : 3.00 petang - 6.00 petang

Peserta : 8 Orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :

Aktivti ini bertujuan memberi penerangan tentang kepentingan menjaga maklumat peribadi dan kawalan kendiri di media social

 

Aktiviti :

1. Tanyangan beberapa video mengenai masalah di media social dipaparkan kepada peserta.
2. Petugas memberi penerangan mengenai video dan meminta peserta berkongsi pengalaman mereka melayari media social.
3. Elemen yang ditekankan adalah
- Etika menggunakan semasa dan selepas menggunakan media social iaitu perlu berhemah ketika melayari internet serta pastikan akaun di logout sebelum meninggalkan computer.
- Tidak memuat naik maklumat peribadi seperti no kad pengenalan, alamat rumah, gambar peribadi dan no telefon
- Memastikan kata laluan tidak dikongsi dengan orang lain.

 

Gambar di sini

________________________________________________________________________________

Tarikh   : 28 Mac 2019

Masa     : 3.00 petang - 6.00 petang

Peserta : 8 Orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :

Membolehkan pelajar mempelajari cara menngunakan internet dengan berkesan bagi mencari maklumat dan komunikasi

 

Aktiviti :

1. Untuk membina bloq peserta perlu membuka akaun emel masing-masing. Peserta mengakses google.mail untuk mengisi borang yang disediakan. Antara perkara yang perlu dititikberatkan adalah kata laluan. Bagi memudahkan peserta, petugas menyediakan kertas katalaluan supaya tidak berlaku masalah tersalah kata luluan.
2. Setelah selesai mengisi borang membina emel, peserta diberi penerangan tentang kegunaan emel, cara menggunakannya dan kepentingan emel pada masa kini.
3. Peserta diminta:
• Mengirim emel sesama rakan
• Membalas emel
• Melampirkan dokumen dan gambar
• Menggunakan font dan warna yang berbeza
• Meletakkan emoticon
• Chatting diruang chat
• Membuat video call
4. Peserta mengakses www.wordpress.com untuk membina blog. Peserta perlu mengisi emel dan mencipta kata laluan untuk blog tersebut.
5. Petugas memberi pengenalan tentang kegunaan dan kepentingan blog serta cara membina tajuk da isi blog tersebut.

 

Aktiviti Sokongan :

Petugas memberi penekanan tentang kepentingan menggunakan media social. Antara yang ditekankan adalah
• Tidak berkongsi kata laluan
• Menulis blog dengan berhemah dan bertanggung jawab
• Memberi komen yang positif
• Tidak berkongsi maklumat yang tidak pasti.

 

Gambar di sini

________________________________________________________________________________

Tarikh   : 24 Mac 2019

Masa     : 3.00 petang - 6.00 petang

Peserta : 5 Orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

Tujuan :

Aktiviti sempena musim cuti sekolah. Permainan dijalankan untuk menguji kecekapan peserta menyusun puzzle yang telah diselerakan.

Aktiviti :

1. Peserta diminta mengakses jizsawplanet.com. peserta diberi masa selama 30 minit untuk mencuba dan berlatih menyusun puzzle menggunakan frame yang terdapat laman tersebut.
2. Petugas menetapkan frame, jumlah puzzle dan bentuk puzzle yang akan digunakan untuk pertandingan di setiap pc.
3. Pertandingan bermula dan peserta yang dapat menyelesaikan puzzle paling cepat ditentukan sebagai pemenang.

Gambar di sini

_________________________________________________________________________________