Tarikh : 18 Julai 2020 Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari dan 2.30 petang - 5.30 petang Peserta : 1 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Tujuan kelas adalah menambah pengetahuan perniagaan dalam bidang pemasaran.
Aktiviti
1. Kelas diadakan secara atas talian menggunakan aplikasi goMeeting.com.
2. Tenaga pengajar dari Kolej Komuniti turut menyediakan slide untuk pelajar mendapat maklumat dengan lebih jelas.
3. Terdapat juga latihan dan tugasan yang diberikan untuk mengukuhkan kemahiran.
Gambar disini
_____________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 23 Jun 2020 Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi Peserta : 1 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Menjawab peperiksaan SPA yang dibuat secara atas talian
Aktiviti :
1. Peserta mengakses portal SPA dan menjawab peperiksaan secara atas talian.
Gambar disini
______________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 13 Mac 2020 Masa : 9.00 pai - 11.00 pagi Peserta : 20 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Tujuan majlis Bacaan Yassin adalah untuk mendoakan kesejahteraan komuniti dalam menangani cabaran-cabaran dunia termasuk wabak Covid-19. Majlis ini berlangsung serenta seluruh PI Perak menggunakan aplikasi Global GoMeMeeting
Aktiviti :
1. Majlis dimulakan dengan sedikit kata aluan dan terima kasih oleh petugas PI. Petugas menerangkan tujuan majlis diadakan iaitu mendoakan kesejahteraan komuniti dalam menangani covid-19
2. Bacaan dibuat secara langsung bersama semua PI Perak dibawah pengajuran SKMM Perak dengan menggunakan aplikasi Global GoMeMeeting.
3. Setelah selesai bacaan yasiin dan doa, petugas memberi sedikit penerangan tentang portal Sebenarnya.com dan meminta semua mendapatkan maklmumat tepat dari portal Kementerian Kesihatan Malaysia.
______________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 12 Jun 2020 Masa : 10.30 pagi - 12.30 tengahari Peserta : 1 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Pelajar IPT menyampaikan laporan yang kepada penyelia latihan industri secara atas talian. Laporan penyampaian secara fizikal tidak dapat dijalankan akibat Covid-19
Aktiviti :
1. Pelajar menggunakan peralatan seperti smart Tv untuk menyampaikan Laporan Latihan Industri.
2. Pembentangan adalah dibuat menggunakan slide pelajar.
______________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 8 Mac 2020 Masa : 9.30 pai - 11.30 pagi Peserta : 10 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Kelas bertujuan menambah penguasaan peserta dalam mata pelajaran yang dipilih iaitu matematik dan bahasa inggeris.Meningkatkan kemahiran perbendaharaan kata antara bahasa inggeris dan bahasa melayu.
Aktiviti :
1. Peserta mengakses portal Quizizz.com kemudian memasukkan no pin yang tersedia di smart tv yang mana tajuk topic telah dipilih oleh petugas. Peserta menjawab soalan matematik dari topic nombor. Peserta perlu menjawab 25 soalan.
2. Setelah selesai menjawab soalan, ulangkaji dijalankan dengan menjawab semula soalan. Petugas membantu peserta menjawab soalan yang salah menggunakan formula matematik. Peserta juga diminta menyelesaikan soalan matematik di papan tulis.
3. Kemudian petugas memberi no pin untuk topic animal bagi sesi bahasa inggeris.
4. Peserta perlu menjawab 15 soalan berkaitan dengan haiwan. Setelah selesai menjawab, peserta dan petugas membuat ulangkaji soalan tersebut. Peserta diminta menggunakan google.translate untuk mencari maksud perkataan dan mendengar sebutan yang betul. Mereka juga diminta menghafal ejaan perkataan tersebut untuk kegunaan masa akan datang.
Aktivti Sokongan :
Peserta menggunakan google translate untuk mendapatkan maksud, sebutan dan cara menggunakannya dalam ayat.
______________________________________________________________________________________________________________