Tarikh : 5 & 7 Februari 2020 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Peserta : 2 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
• Membantu meningkatkan penguasaan penggunaan MS Office Excel
• Mempersiapkan diri menghadapi proses pembelajran di IPT
Aktiviti :
1. Untuk sesi 1, petugas memberi penerangan tentang fungsi termasuk tools dan kegunaan MS Office Excel.
2. Peserta diperkenalkan dengan cell, function box, name cell dan lain-lain. Kemudian mereka diajar menggunakan merge and center dan susunan perkataan. Peserta diberi peluang mencuba beberapa latihan melibatkan operasi tambah, tolak dan darab.
3. Peserta diberi latihan membuat jadual, memasukkan border dan data dalam jadual. Dari data tersebut, peserta akan mencari jumlah (sum), median, min dan max menggunakan fungsi operasi MS office Excel. Peserta juga menggunakan sort nilai untuk menyusun data tersebut.
4. Pada sesi 2, peserta diberi latihan yang melibatkan function lookup dan if. Mereka diberi jadual markah sebuah universiti dan perlu mencari jawapan menggunakan “if”
5. Peserta juga membuat carta iaitu carta pi, bar dan garis menggunakan data yang diberikan.
________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 4 Februari 2020 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Peserta : 1 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
• Menambah pengetahuan dan kemahiran menggunakan MS Office.
• Mempersiapkan diri untuk melalui proses pembelajaran di IPT
Aktiviti :
1. Peserta diberi pengenalan tentang perkakasan computer seperti motherboard, monitor, mouse dan keyboard. Kemudian peserta menjawan soalan kuiz yang disediakan.
2. Petugas memberi penerangan tentang cara menaip dan setiap fungsi yang terdapat dalam keyboard. Selepas itu, peserta membuat latihan menaip di Notepad iaitu canvas yang sesuai untuk belajar menaip. Setiap askara dan symbol di papan kekunci digunakan.
3. Peserta juga diminta menulis resume yang mempunyai jadual dan susunan bullet. Semua latihan disimpan dalam folder yang dicipta dan dinamakan dengan nama peserta.
4. Pada sesi seterusnya, peserta diperkenalkan dengan internet dan cara menggunakannya. Petugas menerangkan beberapa perkara penting seperti maksud world wide web, url, enjin carian dan lain-lain. Peserta diminta menjadi maklumat menggunakan google.com dan google.image.
5. Kelas diteruskan dengan sesi MS Office Word 2010. Petugas menerangkan beberapa tool yang terdapat pada MS Office Word. Kemudian peserta membuat latihan yang disediakan iaitu risalah perniagaan. Perkara dan aktiviti penting seperti memasukkan jadual, gambar, bentuk dan susunan ayat jugak dipelajari oleh peserta.
________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 21 Januari 2020 Masa : 3.00 petang - 6.00 petang Peserta : 5 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Membantu meningkatkan kemahiran menjahit dikalangan komuniti terutamanya wanita.
Aktiviti :
1. Bidang jahitan adalah bidang kemahiran yang mampu menjana pendapatan jika diusahakan dengan betul serta mendapat promosi yang terbaik.
2. Guru dari KEMAS memperkenalkan alatan yang diperlukan untuk membuat jahitan smoking. Antara peralatan yang digunakan adalah pembari, pen dan alatan menjahit.
3. Guru juga memberi penerangan tentang corak-corak jahitan dan dimulakan dengan corak yang mudah.
________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 23 Januari 2020 Masa : 3.00 petang - 5.00 petang Peserta : 1 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Memberi pendedahan tentang penggunaan bank atas talian. Kelas ini dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang teknologi perbankan yang mudah dan efisyen.
Aktiviti
1. Peserta diberi penerangan tentang bank-bank yang terlibat dalam system atas talian.
2. Peserta juga didedahkan dengan keselamatan system perbankan seperti symbol lock pada url bank berkaitan, nombor TAC, katanama dan katalaluan serta akaun bank atas talian
3. Petugas menerangkan setiap tab yang terdapat dalam system bank M2U.
4. Petugas menunjukkan cara untuk membuat transaksi dan bagaimana TAC no berfungsi.
5. Peserta juga diajar cara mendaftar system perbankan atas talian.
________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 19 Januari 2020 Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi Peserta : 8 orang Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan |
Tujuan :
Kelas bertujuan meningkatkan kemahiran peserta menggunakan papan kekunci dan mengenali askara yang terdapat padanya.
Aktiviti :
1. Petugas memberi sedikit penerangan tentang Microsoft Office Word. Petugas juga menunjukkan teknik menaip dengan betul.
2. Peserta mula menaip menggunakan cerpen yang telah diberikan. Cerpen tersebut adalah cerita rakyat yang mempunyai pelbagai askara seperti koma, pembuka kata dan lain-lain.
3. Peserta yang selesai menaip cerpen tersebut diminta menyipan dokumen dalam folder masing-masing.
________________________________________________________________________________________________________________