Tarikh   : 13 Disember 2019

Masa     : 9.30 pagi - 11.30 pagi 

Peserta : 9 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :
- Menguji kemahiran peserta menyelesaikan masalah dan focus kepada tugasan yang diberikan.

 

Aktiviti :
1. Peserta mengakses Adobe Photoshop dan membina canvas bersaiz International Paper iaitu A4 dengan resolution 300 pixel. Pixel yang sesuai akan menghasilkan design yang tajam dan kemas.
2. Petugas memberi penerangan cara menggunakan beberapa tool yang sesuai untuk menghasilkan bulatan dan bentuk. Teknik pertama, peserta dikehendaki menggunakan shape tool yang mana didalamnya ada pilihan rectangle , ellipse tool, polygon tool dan custom shape tool. Peserta perlu memilih round untuk mendapatkan efek bulat serta perlu diletakkan di atas canvas. Bulatan tersebut diwarnakan mengikut kehendak masing-masing. Peserta jugak digalakkan mewarnakan garisan luar (outline).
3. Teknik kedua adalah menghasilkan layer kedua dan menggunakan elliptical marquee tool pada layer tersebut. Peserta boleh menggunakan blending options untuk mengubah warga, gradient dan lain-lain.
4. Peserta juga diminta memasukkan bentuk pada canvas tersebut.

 

Gambar di sini

________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 12 Disember 2019

Masa     : 9.30 pagi - 11.30 pagi dan 3.00 petang - 5.00 petang

Peserta : 9 orang dan 5 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :
- Menguji kemahiran peserta menyelesaikan masalah dan focus kepada tugasan yang diberikan.

 

Aktiviti :
1. Petugas menerangkan syarat-syarat peertandingan supaya pertandingan berjalan dengan lancar. Peserta mengakses www.jigsawplanet.com dan memilih canvas yang telah ditetapkan oleh petugas.
2. Canvas yang digunakan adalah bertemakan bangunan sejarah Perancis. Canvas di pecahkan kepada 124 keping yang perlu dicantum oleh peserta.
3. Peserta boleh merujuk gambar asal yang terdapat pada laman pertandingan. Peserta yang terlebih dahulu siap akan dikira sebagai pemenang.

 

Gambar di sini

________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 06 Disember 2019

Masa     : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Peserta : 7 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :
- Membantu pelajar meningkatkan penguasaan mata pelajaran dengan menjawab soalan interaktif
- Membantu pelajar dapat menguasai topic yang dipilih
- pelajar akan lebih bersaing secara sihat untuk mendapatkan markah yang lebih baik
- membantu pelajar memahami soalan dengan lebih berkesan

 

Aktiviti
1. Petugas memberi penerangan tentang topic yang dipilih
2. Pelajar diminta melayari aplikasi quizizz.com dan memasukkan no pin yang diberikan oleh admin
3. Peserta menjawab soalan yang dipaparkan. Soalan tersebut adalah mata pelajaran Bahasa Melayu topic peribahasa, Sains dan Pengentahuan Am.
4. Peserta diminta dengan menbaca soalan teliti dan menjawab dengan tepat. Soalan-soalan tersebut disusun dalam keadaan berselerak.

 

Gambar di sini

________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 11 Disember 2019

Masa     : 9.30 pagi - 11.30 pagi

Peserta : 9 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :
- Membantu pelajar meningkatkan penguasaan mata pelajaran dengan menjawab soalan interaktif
- Membantu pelajar dapat menguasai topic yang dipilih
- pelajar akan lebih bersaing secara sihat untuk mendapatkan markah yang lebih baik
- membantu pelajar memahami soalan dengan lebih berkesan

 

Aktiviti
1. Petugas memberi penerangan tentang topic yang dipilih
2. Pelajar diminta melayari aplikasi quizizz.com dan memasukkan no pin yang diberikan oleh admin
3. Peserta menjawab soalan yang dipaparkan. Soalan tersebut adalah mata pelajaran Matematik
4. Peserta diminta dengan menbaca soalan teliti dan menjawab dengan tepat. Soalan-soalan tersebut disusun dalam keadaan berselerak.

 

Gambar di sini

________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 05 Disember 2019

Masa     : 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Peserta : 30 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :
- Memberi kemudahan tempat perbentangan kepada Pengurusan Felda untuk Pertandingan Kecerian Kampung anjuran FELDA
- Memberi penerangan tentang keindahan, kemudahan dan kecerian kampung.

 

Aktiviti
1. Penilaian Kecerian Kawasan Kampung adalah acara tahunan Felda dalam mencari kampung yang cantik dan ceria mengikut kriteria yang ditetapkan.
2. Setiap tanah rancangan akan dinilai bermula dari pringkat wilayah dan seterusnya dipertandingankan di peringkat Kebangsaan. Hadiah Pemenang Keceriaan Kampung akan disampaikan pada Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan.
3. Pembentangan disampaikan oleh Pengurus Felda Trolak Selatan, Encik Shaari bin Abdul Rahman. Beliau menerangkan tentang jumpah peneroka, aktiviti peneroka dan generasi kedua, dan kemudahan yang terdapat di Felda trolak selatan.
4. Beliau juga turut menerangkan aktivti ekonomi yang terdapat di sini seperti penanaman buah salak, kolam pancing dan kawasan perniagaan.
5. Program berakhir dengan sesi soal jawab dan penerangan ringkas dari Penyelaras Penilaian Puan Salwa dari Felda Wilayah Trolak.

 

Gambar di sini

________________________________________________________________________________________________________________