Tarikh   : 16 Februari 2020

Masa     : 3.00 petang - 5.00 petang

Peserta : 9 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :
Kelas ini bertujuan meningkaktkan kemahiran pelajar meguasai bahasa Melayu terutamanya simpulan bahasa dan peribahasa.

 

Aktiviti :
1. Peserta mengakses Quizizz.com dan memasukkan no pin yang telah dipaparkan di smart tv. Petugas sebagai admin/master dalam aktiviti ini.
2. Petugas memilih soalan Bahasa Melayu topic Simpulan bahasa dan peribahasa. Peserta perlu menjawab soalan yang dipaparkan di monitor masing-masing. Setiap soalan mempunyai pilihan jawapan dan masa menjawab.
3. Peserta yang paling banyak menjawab dengan betul akan dijadikan pemenang. Pemenang dipaparkan di smart tv.
4. Petugas dan peserta membuat ulangkaji soalan yang dijawab. Bagi peserta yang salah akan diminta menjawab semula soalan tersebut.

 

Gambar di sini

________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 16 Februari 2020

Masa     : 9.30 pagi - 11.30 pagi

Peserta : 5 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :

Kelas bertujuan memberi pengetahuan kepada peserta cara membuat kad nama yang mudah menggunakan MS Office Publisher.

 

Aktiviti
1. Peserta diminta mengakses Ms Office Publisher. Sebelum memulakan aktivti, petugas menerangkan kegunaan MS Office publisher, icon yang penting, jenis-jenis template dan cara menggunakannya.
2. Peserta diminta mengambil template business card yang tersedia. Kemudian mereka perlu memilih color dan font scheme. Mereka juga perlu mencipta dan mengisi business information seperti nama, jawatan, organisasi, alamat dan emel. Untuk mencapat card yang menarik mereka perlu menambah logo organisasi.
3. Canvas card yang telah tersedia boleh diubah mengikut kreativiti masing-masing. Melalui aktiviti ini, peserta akan menggunakan pelbagai tool untuk menjadikan card lebih menarik, hasil card disimpan dan boleh digunakan jika dicetak pada kertas yang sesuai.

 

Gambar di sini

________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 12 Februari 2020

Masa     : 3.00 petang - 5.00 petang

Peserta : 5 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :
Kelas bertujuan memperkenalkan teknologi maklumat dan komunikasi kepada peserta. Selain itu mendedahkan fungsi emel sebagai media untuk kegunaan formal dan tidak formal.

 

Aktiviti :
1. Kelas dimulakan dengan penerangan tentang kepentingan emel, cara menggunakan emel dan tip keselamatan.
2. Peserta membuka akaun dengan mengisi borang di google.gmail. semua maklumat seperti nama, jantina, kata nama dan kata laluan serta yang berkaitan diisi. Petugas memastikan setiap peserta mempunyai emel yang baru.
3. Peserta mengubah latar belakang emel di tetapan emel. Peserta boleh menggunakan tema yang disukai.
4. Peserta menulis emel dimana emel tersebut dihantar kepada sesama mereka. Dalam emel tersebut mereka perlu memasukkan penerima, subjek, memasukkan emoticon, gambar dan melampirkan dokumen. Kemudian setiap emel yang diterima perlu dibalas.
5. Peserta juga diajar cara membalas segmen sembang (chatting) dan menjemput kontak untuk membuat video call.
6. Petugas menerangkan kepentingan logout atau sign out untuk setiap akaun yang mempunyai kata laluan. Petugas juga berkongsi pengalaman dan pengetahuan cara menjaga emel dengan baik.

 

Aktiviti sokongan : Advokasi Klik Dengan Bijak. Kepentingan memastikan akaun selamat.

 

Gambar di sini

________________________________________________________________________________________________________________

 

 

Tarikh   : 15 Februari 2020

Masa     : 9.30 pagi - 11.30 pagi

Peserta : 10 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :
Kelas bertujuan membantu pelajar meningkatkan penguasakan kemahiran mengira pecahan separa.

 

Aktiviti :
1. Peserta mengakses Quizizz.com dan memasukkan no pin yang telah dipaparkan di smart tv. Petugas sebagai admin/master dalam aktiviti ini.
2. Petugas memilih soalan matematik topic pecahan separa. Peserta perlu menjawab soalan yang dipaparkan di monitor masing-masing. Setiap soalan mempunyai pilihan jawapan dan masa menjawab.
3. Peserta yang paling banyak menjawab dengan betul akan dijadikan pemenang. Pemenang dipaparkan di smart tv.
4. Petugas dan peserta membuat ulangkaji soalan yang dijawab. Bagi peserta yang salah akan diminta menjawab semula soalan menggunakan formula yang telah dipelajari di sekolah.

 

Gambar di sini
________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 9 Februari 2020

Masa     : 9.30 pagi - 2.00 petang

Peserta : 2 orang

Tempat : Pusat Internet Felda Trolak Selatan

 

Tujuan :
• Memperkenalkan perniagaan atas talian Shopee.
• Membuka kedai, mengemaskini maklumat dan memuat naik produk.
• Mempelajari teknik pemasaran di Shopee

 

Aktiviti :
1. Encik Iskandar iaitu tenaga pengajar yang bertauliah dari Syarikat MIM18 Enterprise membantu peserta mengemaskini kedai di Shopee. MIM18 Enterprise adalah perunding perniagaan yang berkemahiran dalam mengendalikan perniagaan atas talian. Sebelum menyertai kelas beliau meminta peserta mendaftar akaun shopee dan mendaftra sebagai penjual di seller center shopee terlebih dahulu. Ia bertujuan memudahkan proses pembelajaran. Peserta mengemaskini profile, nama kedai, no akaun, dan segala yang perlukan untuk menjadi penjual,
2. Peserta memuat naik produk yang ingin dijual. Beliau menerangkan perbezaan mengemaskini produk menggunakan computer dan telefon bimbit. Beliau turut memberi tips yang berkaitan dengan cara memuat naik produk seperti nama atau perkataan yang sering dicari oleh pembeli. Kesemua keterang produk dimasukkan mengikut arahan yang disediakan.
3. Encik Iskandar juga memberi penerangan tentang teknik permasaran seperti boost, iklan, diskaun dan sebagainya.
4. Encik Iskandar turut berkongsi ilmu cara untuk menjadi peniaga yang boleh menaja pendapatan yang tinggi di Shopee. Selain itu, beliau juga menunjukkan produk yang dijual olehnya sehingga Berjaya menjadi salah seorang peniaga online yang dipercayai.

 

Aktiviti sokongan :
Encik iskandar berkongsi maklumat perniaagaan Borang China.

 

Gambar di sini

________________________________________________________________________________________________________________